Wanita Yang Memiliki 3 Ciri Ini Adalah Mereka Yang Setia. Haa... Jangan Lepaskan Pula.

 

Bukan hanya lelaki sahaja yang terdedah dengan kecurangan pasangan, akan tetapi seorang wanita juga mempunyai peluang sebegini. Nak-nak lagi, wanita Malaysia adalah antara mereka yang paling ramai curang, itu yang membuatkan kesetiaan mereka ini diragui.



Walaupun tidak semuanya begitu, tetapi dalam mencari pasangan hidup tentu sahaja perkara sebegini tidak ingin terjadi dalam hidup anda bukan. Sebab itu pentingnya kenal pasangan dan ketahui sikap mereka sebelum membuat keputusan untuk melamar mereka menjadi isteri anda.


Kecurangan ini bukan boleh dianggap satu perkara yang remeh, ini kerana sesiapa yang terlibat akan perkara ini akan terluka, malah ada yang takut untuk mulakan satu hubungan yang baru. Itu belum lagi yang hilang keyakinan. Jadi tentu anda mahukan seorang pasangan yang setia bukan.

Macam mana nak kenal wanita yang setia ini, mudah sahaja perhatikan 3 perkara ini pada dirinya.



1. Sedikit garang.

Mereka yang garang ini tak mudah nak tunjukkan sikap manja mereka dengan orang lain. Mereka ini lebih serius dengan orang lain berbanding dengan pasangannya. Kalau berbual dengan mereka ini biasanya lebih kepada straight to point, tak ada nak belok-belok dah. Kalau dia kata A maka A lah.

Wanita seperti ini biasanya tak tunjukkan sikap manja dirinya. Hanya yang tertentu sahaja boleh rasai sikap manjanya, malah dia juga lebih suka tunjukkan kepada pasangannya yang sebenar bukan dengan sebarangan orang.



2. Jual mahal.

Mereka yang suka jual mahal ini memang limited edition sedikit. Mana tidaknya, bukan sebarangan orang yang dia akan layan. Nak-nak lagi kalau anda baru je kenal dirinya malah dirinya dah ada pasangan. Memang dia agak jual mahal sedikit berbanding nak wanita-wanita yang suka mesta dengan ramai orang. Tapi jual mahalnya bukan bererti dia sombong, tetapi lebih kepada tahu menjaga dirinya.



3. Kuat cemburu.

Bukan cemburu buta mahupun cemburu buat-buat, tetapi lebih kepada cemburu terhadap perkara yang dia jelas sebenarnya. Sebagai contoh, cemburu pasangannya bersama wanita lain. Ini adalah cemburu tang bersebab bukannya dia sengaja nak cemburu tetapi takut kehilangan anda. Bukan ke cemburu itu tandanya sayang?

Jika anda terjumpa dengan wanita seperti ini jangan lepaskan, tetapi cuba untuk pikat hatinya kerana setelah anda berjaya miliki hatinya tentu sahaja dia akan setia dengan anda. Tetapi jangan pula ambil kesempatan di atas kesetiaan yang telah dia berikan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,773 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen