Berkahwin Awal Kurangkan Risiko Penyakit Demensia. Jom Kahwin Cepat!

 

Ramai anak muda sekarang yang takut akan ikatan perkahwinan, ini kerana bagi mereka perkahwinan ini akan mengubah hidup mereka. Bukan sedikit malah, keseluruhan hidup akan berubah. Bermula dengan gaya hidup dan tanggungjawab. Itu yang membuatkan ramai anak muda sekarang berkira-kira kalau nak berkahwin.

Itu belum lagi bebanan perkahwinan yang membuatkan anak muda memilih untuk tunda perkahwinan mereka. Antara perkara yang menjadi bebanan adalah perbelanjaan perkahwinan, jumlah hantaran dan juga calon pasangan mereka. Perkara ini yang membuatkan anak muda memilih untuk berkahwin agak lewat sedikit berbanding sepatutnya.


Bukan itu sahaja, ada yang beranggapan bahawa perkahwinan ini perlu persediaan yang cukup, tidak kiralah dari segi mental dan juga fizikal. Di mana, perkara ini sangat diperlukan untuk berdepan dengan konflik perkahwinan seterusnya membantu untuk mempertahankan ikatan yang ada.



Dengan beberapa perkara ini, ia menjadi punca mengapa anak muda memilih untuk berkahwin lewat malah ada yang baru nak mula mencari jodoh. Namun begitu, adakah perkahwinan ini hanya akan menjadi beban sahaja buat anak muda sehingga mereka memilih jalan seperti ini? Bagaimana kalau perkahwinan ini memberi kesihatan mental yang lebih baik berbanding mereka yang masih bujang.

Sama-sama kita dapatkan penjelasan daripada petikan artikel Hello Doktor ini.



Kurang berisiko menghidap demensia

Satu kajian menyatakan bahawa, sekiranya anda berada dalam perkahwinan yang membahagiakan hidup anda, anda kurang berisiko untuk mendapat demensia. Apakah itu demensia? Demensia merupakan sejenis gangguan proses mental yang kronik atau berterusan yang disebabkan oleh penyakit otak atau kecederaan dan ditunjukkan melalui gangguan ingatan, perubahan personaliti, dan pertimbangan akal yang semakin merosot.

Saintis menemui bahawa risiko demensia adalah 40% lebih besar dalam kalangan peserta kajian yang masih bujang dan tidak gembira berbanding daripada peserta kajian yang telah berada dalam ikatan perkahwinan secara gembira. Kajian berpendapat bahawa pengasingan sosial (social isolation) mungkin menyebabkan seseorang individu menjalani cara hidup yang kurang sihat yang menyebabkan peningkatan risiko demensia.



Rangsangan positif perkahwinan

Selain itu, penyelidik kajian turut menyatakan bahawa tinggal bersama dengan pasangan boleh memberikan anda rangsangan sosial dan mental. Perkara-perkara yang dilakukan secara bersama dengan pasangan akan meningkatkan mood yang positif dan seterusnya memperlahankan risiko berlakunya demensia. Sebagai contoh, pasangan yang telah berkahwin akan sentiasa memberi galakan kepada pasangannya untuk terlibat dengan gaya hidup yang sihat seperti mengambil makanan yang sihat, bersenam dan tidak merokok. Tabiat seperti ini akan mengurangkan keradangan sekali gus mengelakkan seseorang individu daripada mendapat simptom-simptom demensia.

Selain itu, pasangan berkahwin turut memberikan sokongan emosi dan ekonomi selain bantu-membantu antara satu sama lain sekiranya melalui fasa yang memeritkan. Sokongan bersama ini amat penting terutama ketika mood seseorang individu berada pada tahap yang rendah. Ini turut menjelaskan mengapa seseorang yang masih bujang dan tidak memiliki pasangan hidup mempunyai peningkatan risiko untuk menghidap demensia apabila berada pada tahap mood yang rendah.



Antara salah satu cara untuk mengurangkan risiko demensia adalah melalui pengekalan hubungan sosial antara individu. Bagaimana mahu mengekalkan hubungan sosial sesama manusia? Hal ini bukanlah sesukar yang disangka. Cukup sekadar anda menyapa seseorang di jalanan dan bertanyakan keadaan mereka. Anda juga boleh melakukan aktiviti secara bersama dengan individu lain seperti berkebun, menyanyi dan menari bersama selain menyertai kumpulan sokongan komuniti.

Bagi mereka yang masih bujang atau masih tidak mempunyai pasangan, carilah calon pasangan anda secepatnya. Pada era milenium ini, mencari pasangan hati bukanlah satu hal yang sukar. Hanya bergantung kepada kesungguhan dan tekad anda secara serius untuk mencari raja atau permaisuri hidup anda. Teruskan mencari kerana tidak terdapat istilah “terlambat” untuk melangsungkan perkahwinan walaupun anda telah berusia separuh abad.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,161 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen