Bakal Raja Sehari Nak Dapatkan Hasil Makeup Yang Memuaskan, Jangan Lupa Lakukan 6 Langkah Ini.

 

Bukan sahaja baju pengantin yang akan menambah seri pada hari bahagia anda, akan tetapi solekkan yang bersesuaian juga akan membuatkan anda kelihatan lebih berkeyakinan. Sebab itu rata-rata bakal pengantin akan memilih make up artis (MUA) yang berpengalaman dan juga mempunyai kemahiran.

Tapi sia-sia kalau anda telah menyewa MUA yang mahal tetapi makeup anda tidak begitu smooth dan bercapuk pun macam tak guna juga. Kadang kala bukan sebab MUA tak pandai nak menyolek wajah anda tetapi anda yang tak prep muka anda telebih dahulu dengan skincare yang sepatutnya.


Bukan mudah nak kelihatan cantik pada hari bahagia ini ye.

Sebab itu jangan lupa 5 langkah ini sebelum anda mula bersolek, biasanya MUA anda akan sentiasa ingatkan akan perkara ini. Tapi ini perlu lakukan sendiri agar tak kalut.



Sebelum anda nak bersolek, apa yang perlu anda lakukan?

1. Cuci wajah menggunakan pencuci muka harian anda, yang sesuai dengan kulit anda biasanya.

2. Jangan lupa untuk skrub wajah bagi proses pengelupasan kulit agar sel kulit mati dibuang sepenuhnya sebelum memulakan solekkan. Pastikan sapu rata skrub dengan urutan membulat pada bahagian wajah dan leher.

3. Selepas lap sehingga kering, jangan lupa untuk sapukan toner pada kulit wajah anda. Ia bagus untuk kembalikan kelembapan pada wajah anda selepas cuci muka.

4. Jika anda memiliki essence boleh anda memakainya. Jika tiada, anda boleh terus untuk memakai serum wajah terlebih dahulu sebelum menggunakan pelembap. Ini kerana, serum memiliki lebih banyak vitamin dan juga mineral.

5. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang sesuai untuk kulit anda. Pelembap mampu memberikan wajah anda lebih lembut malah solekan juga akan terhasil dengan lebih elok serta tahan lama.

6. Biasanya jika majlis persandingan dilakukan disiang hari, jangan lupa untuk menggunakan sunscreen atau sunblock. Barulah kulit wajah anda terlindung dari cahaya mata hari dan juga tak sun burn kerana terdedah dengan cahaya matahari yang agak panjang ketika majlis berjalan. Kalau majlis pada malam hari tak perlu akan perkara ini.

Adalah dinasihatkan agar anda menjaga skincare routine anda dengan sebetul 5 bulan sebelum majlis perkahwinan anda. Ini kerana, skincare ini akan membantu anda mendapatkan hasil yang lebih baik dan juga kulit anda juga akan semakin sihat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,416 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen