Ibu Bapa, Jangan Jadi Perosak Rumahtangga Anak-Anak... Perkahwinan Mereka, Hak Mereka Untuk Menguruskannya.

 

Masalah salah faham, tiada kesefahaman serta campur tangan ibu bapa mertua ini rasanya bukan satu perkara yang asing lagi dalam kehidupan rumahtangga. Malah ada juga yang tak mampu nak berdepan dengan konflik seperti ini sehingga mengakibatkan berlakunya penceraian.

Kadang bukan salah pasangan tetapi mereka ini takut untuk menjadi anak derhaka berbanding menjadi pasangan yang menjaga hati suami atau isteri mereka. Mana tidaknya, tiada siapa pun mampu melupakan pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan diri mereka.


Maka dengan itu, ibu bapa itu sendiri sebenarnya perlu sedar dan yakin terhadap anak mereka. Jangan takut hilang anak kerana mereka sudah berkahwin, tetapi lihat bagaimana didikan yang anda berikan kepada mereka. Itulah yang mereka akan berikan semula kepada ibu bapanya kelak.

Seperti yang dikongsi oleh Firdaus Shakirin ini, ibu bapa jangan jadi perosak rumahtangga anak-anak.



Jangan rosakkan rumahtangga anak-anak…

Bila anak-anak dah berkahwin, maka dah bukan menjadi tanggungjawab ibubapa untuk membuat keputusan bagi pihaknya, menentukan pilihan untuk dirinya, dan mengawal apa jua perkara dalam kehidupannya…

Tanggungjawab ibubapa ialah membesarkan dan mendidik anak-anak-anak…bila mereka dah besar, terutamanya bila mereka dah berumahtangga, maka kita perlu membiarkan mereka hidup dengan sendirinya…

Ini adalah masa untuk kita lihat hasil didikan kita…

Jangan masuk campur urusan rumahtangga anak-anak…Jangan mempertikaikan setiap keputusan yang dia buat…



Jangan buat keputusan untuk keluarganya…sekiranya anak datang bertanyakan akan sesuatu perkara, minta dia tanya pasangannya dahulu, ambik pendapat dan pandangan pasangannya…Jangan membelakangkan pasangan anak kita…

Jangan hanya berbincang dengan anak kita sahaja then trus buat keputusan…

Kesan dan akibat untuk setiap keputusan yang mereka ambil itu ditanggung mereka…

Bukan kita…

Jadi, bila mereka dah berkeluarga, kita tidak lagi boleh mengongkong mereka sebagaimana kita buat ketika mereka masih kecil dan remaja…mereka dah dewasa, dah bergelar suami orang, isteri orang…maka mereka berhak untuk memutuskan jalan hidup sendiri…bagaimana mereka ingin meneruskan kehidupan dan keputusan mereka tidak tertakhluk kepada kebenaran kita sebagai orang tuanya, tapi kebenaran pasangannya…



Kadang-kadang, kita rasa sikap kita mengawal dan menentukan halatuju rumahtangga anak-anak kita tu baik untuk mereka, sedangkan tanpa kita sedari, kita memecahbelahkan privasi kehidupan mereka…kita mengawal mereka dan setiap gerak geri perbuatan mereka, ditentukan berdasarkan kemahuan dan kehendak kita, bukan mereka…

Jadi, dimana baiknya cara kita ini? Biarkanlah mereka dengan hidup mereka dan hanya campur tangan bila hidup mereka terkeluar dari landasan yang telah ditetapkan agama…

Hormati hak anak kita dan pasangannya…itu hidup mereka…

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,443 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen