Mendekati Dalam Diam, Ramai Yang Tak Sedar Mereka Ini Ada Peminat Rahsia.

 

Bila waktu single ini, anda tentu sahaja akan merasakan bahawa diri anda ini tak ada orang nak lah, tak ada peminatlah malah merasakan pergi mana-mana pun tak boleh nak masuk. Ini yang akan membuatkan anda terus menerus single kalau anda ikutkan sangat perasaan itu.


Tapi jangan pula anda jadi seorang yang terlalu cepat perasan pula. Cuba untuk lebih chill dan santai untuk mencari pasangan hidup ini. Mana tahu sebenarnya pasangan hidup anda ini sedang sibuk perhatikan anda dari jauh.

Nak tahu ada orang suka anda atau tidak, lihat bagaimana dirinya melayani anda bahkan sikapnya terhadap anda. Tentu anda juga boleh rasa kalau dia ini ada hati pada anda ataupun tidak. Mari lihat ciri-cirinya.



1. Kelihatan gemuruh yang berbeza.

Seseorang yang dah biasa bercakap dengan anda tak akan ada perasaan sebegini, tetapi jika dia sentiasa bercakap dengan anda tetapi masih ada nada gemuruh, itu tandanya dia sedang sembunyikan perasaannya terhadap anda. Jangan silap pula, ini adalah petanda kepada mereka yang sering bercakap dengan anda, yang jarang bercakap memanglah akan berdebar.

2. Ingin tahu lebih mengenai anda.

Jika dia mempunyai keinginan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai anda seperti bertanya kepada rakan-rakan anda ataupun cuba untuk mengenali anda, dia berminat nak kenal dengan anda lebih lanjut sebenarnya, cuma tak yakin lagi nak beritahu anda.



3. Sentiasa cuba untuk mendekati anda.

Boleh jadi dia akan memulakan perbualan dahulu, ataupun dia cuba bergurau dengan diri anda. Macam-macam cara sebenarnya kalau nak tunjuk yang dirinya itu menyukai anda. Orang yang sentiasa cuba untuk mendekati adalah orang yang menyimpan perasaannya terhadap anda.



4. Cuba ambil hati anda.

Selain cuba untuk mendekati, mereka ini juga akan cuba untuk mengambil hati anda. Di mana, dia akan cuba melakukan sesuatu yang anda sukai seperti memberi bunga, coklat, ajak makan bersama atau belanja makan. Kalau ada perkara-perkara seperti ini memang dia suka anda lah itu.

5. Suka gunakan emoji.

Setiap pesanan antara kalian berdua, dia akan selitkan sedikit emoji agar kelihatan lebih menarik. Mana tidaknya, kalau seseorang yang gunakan emoji dengan kerap itu tanda dia cuba mendapatkan hati anda.

Kadang kala anda terlalu sibuk fikir akan tiada orang yang tak mahukan diri anda. Tetapi sebenarnya, ramai sahaja yang menyukai anda dalam diam tanpa anda sedarinya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,484 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen