Bukan Trauma Tapi Ini Yang Membuatkan Anda Malas Bercinta... Terus Nak Kahwin Je.

 

Ada orang itu anda lihat dia begitu bahagia bila single. Langsung tiada usaha nak cari pasangan atau ingin bercinta. Bukan tak pernah bercinta, dulu adalah juga dengar dia bercinta. Mungkin bukan jodoh mereka, itu yang dia masih single sampai sekarang.

Bila ditanya ada pasangan atau tidak, dia akan selalu katakan tak ada. Bukannya tak ada rupa, ada rupa malah kerjanya pun bagus. Tapi jarang sekali melihat dia bersama mereka yang berlainan jantina. Apa yang selalu nampak adalah bersama rakan-rakannya.


Tentu ada orang-orang disekeliling anda yang sedemikian bukan? Tak bercinta malah tak juga mencari pasangan. Apa yang anda tahu, dia begitu menikmati saat dirinya masih bujang ini. Banyak luangkan masa bersama keluarga malah sentiasa gembira sahaja dengan soalan cepu emas dari makcik bawang.

Adakah mereka ini dah malas bercinta?

Trauma akan hubungan lalu?

Ataupun sudah beralih arah?

Mungkin bukan itu semua tetapi dia serik akan hubungan yang tak pasti. Nak-nak lagi ada beberapa hal menyebabkan dia tidak suka percintaan.



1. Dikawal pasangan.

Bagi dirinya percintaan ini hanya akan membuat dirinya dikawal oleh pasangan. Nak buat itu tak boleh, nak buat ini pun tak boleh. Semuanya pasangan yang kawal. Dia tak ada kebebasan, jadi dia memilih untuk single sehingga jumpa dengan pasangan yang tepat.

2. Sentiasa kena update walaupun sibuk.

Ada pasangan yang sentiasa ingin tahu keadaan kekasih hatinya, malah mereka juga tak faham akan keadaan sibuk yang dihadapi. Jadi perkara ini membuatkan dia terasa rimas kerana pasangnya tidak memahaminya. Malah bagi dirinya dia baru bercinta bukannya sudah ada ikatan yang sah. Jadi perkara sebegini tak patut ada.



3. Perlu jadi apa yang pasangan mahukan.

Bila bercinta ini, anda akan menjadi apa yang pasangan mahukan. Lama kelamaan anda akan hilang diri anda yang sebenar. Dia mahukan pasangan yang terima dirinya seadanya, bukan pasangan yang ciuba mengubah dirinya menjadi apa yang mereka mahukan.



4. Rumit.

Bagi mereka hubungan ini rumit. Banyak perkara kena jaga malah kena jaga hati orang lain lebih dari diri sendiri. Itu yang membuatkan mereka ini malas nak bercinta, kalau betul nakkan dirinya masuklah meminang, tak perlu nak bercinta yang tak pasti ini.

5. Ditanya mengenai bekas kekasih.

Perkara yang paling malas nak dijelaskan berulang kali. Perkara yang lepas sepatutnya tak perlu dikenang, tetapi sebabkan pasangan baru nak tahu kenalah jelaskan banyak kali. Itu belum lagi kalau ada rasa cemburu dan syak wasangka yang kadang kala menyakitkan hati. Sebab itu dia pilih nak single je dari peningkan kepala.

Biasanya mereka seperti ini agak serik dengan percintaan, sebab itu dia lebih memilih untuk single dulu. Bila dah jumpa pasangan yang tepat terus ajak kahwin tanpa perlu tunggu lama-lama.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,754 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen