Nak Pergi Honeymoon Tapi Bajet Tak Cukup, Tak Apa... Bulan Madu Di Rumah Je Dengan Lakukan 5 Perkara Ini. Jimat Pun Jimat.

 

Tak semua orang mempunyai bajet yang mencukupi untuk keluar berhoneymoon bersama pasangan, namun begitu ia bukan juga satu pernghalang untuk anda berhonyemoon bersama pasangan anda. saat-saat honeymoon ini adalah saat-saat untuk anda meluangkan masa bersama pasangan anda sekaligus memberikan kesan yang mengembirakan dan menyeronokkan.

Setengah orang walaupun tak ada bajet yang mencukupi, mereka ini akan memilih tempat-tempat yang menjimatkan kos. Sebagai contoh, kalau biasa pergi luar negara, bila tak ada kos ini pergi dalam negara je. Namun, kalau nak jimat lagi kos anda boleh lakukan di rumah sahaja. Itu pun kalau anda dan pasangan bukan jenis yang inginkan aura hotel lah.


Berikut adalah beberapa cara untuk anda dan pasangan berhonyemoon di rumah je. Yang penting tanpa gangguan!

1. Sediakan cuti khas untuk pasangan, tanpa telefon bimbit dan gangguan kerja.

Kalau honeymoon ini tentunya anda perlukan cuti yang agak panjang, begitu juga apabila berhoneymoon di rumah. Jangan lupa untuk sediakan cuti yang mencukupi dan jangan ada sebarang gangguan kerja atau telefon bimbit. Fokuskan masa ini bersama pasangan sahaja. Ini pun kira macam honyemoon juga.



2. Hias bilik jadi pawagam yang romantis.

Selain dari itu juga, anda boleh hias bilik anda seperti pawagam yang romantik. Dimana anda boleh menonton filem di atas katil dengan suasana yang agak romantik dan menyenangkan anda. Anda akan lebih erat bersama pasangan dan begitu terleka dengan suasana ini.

3. Sediakan makan malam dengan cahaya lilin dan beri kejutan kepada pasangan.

Ini pun salah satu cara untuk anda merasa seperti saat-saat bulan madu di luar. Anda boleh memilih untuk sediakan ini semua sendiri ataupun melakukan pesanan terhadap perkara ini. Nak ala-ala piknik pun boleh nak makan malam yang romantik pun boleh. Dua-dua ini romantik sebenarnya.



4. Memaksimumkan potensi bersama, jangan lupa untuk kongsi kerja rumah.

Sama-sama melakukan kerja rumah adalah perkara yang menyeronokkan sebenarnya. Sebagai suami anda boleh membantu isteri anda memasak atau mengemas. Perkara ini mudah saja tetapi ia akan memberi kesan kepada pasangan anda.

5. Sediakan pakaian istimewa yang disukai pasangan untuk setiap aktiviti yang dirancang.

Kalau anda memilih untuk keluar dari rumah, anda boleh sediakan beberapa pakaian yang sedondon dengan pasangan anda. Walaupun hanya bersiar-siar sekitar itu sahaja, tetapi dengan penampilan anda ini anda akan lihat kelainannya. Ini pun salah satu cara untuk bangkitkan suasana romantik.



6. Pastikan bilik tidur selesa dengan hiasan kreatif anda dengan pasangan.

Jangan lupa untuk hias bilik menjadi lain dari kebiasaannya. Anda boleh selitkan sedikit bauan yang harum serta cahaya lilin untuk membuatkan bilik anda kelihatan sedikit romantik. Tak lupa juga, jangan lupa tukar cadar yang lebih istimewa agar merubah terus suasana bilik anda itu.

Walaupun tidak cukup bajet tetapi kalau anda bijak untuk timbulkan suasana romantik dan rasa honeymoon tentu sahaja anda tahu bagaimana nak lakukan. Tapi itu adalah beberapa contoh yang anda boleh lakukan kalau memilih rumah sebagai tempat anda luangkan masa bersama.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,471 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen