Ibu-Ibu Muda Bimbang Nak Berjaga Tidurkan Anak Tengah Malam Nanti, Ini Tips Dari Dr Zubaidi Hj Ahmad Untuk Dapatkan Bayi Tidur Lena Sepanjang Malam.

 

Buat bakal-bakal ibu ataupun baru menjadi ibu tentu sangat bimbang saat waktu malam. Sejak kelahiran anak, anda tentunya tak akan dapat tidur yang lena malah ada yang terpaksa berjaga sepanjang malam. Ini adalah satu perubahan yang besar dalam hidup anda selepas bergelar ibu.

Berjaga sepanjang malam malah tidak dapat tidur yang lena serta rehat yang cukup kadang kala membuatkan emosi ibu-ibu ini sangat terganggu. Sebab itu, kalau diberitahu cara bagaimana tidurkan bayi sepanjang malam dengan lena tentu saja ramai yang ingin tahu bukan.


Sebagai ibu, tentu saja anda tidak sanggup melihat anak anda menangis sepanjang malam. Sebab itu anda akan ambil dan mendodoikan mereka sehingga tidur semula. Buat ibu-ibu muda dan bakal ibu, ini tips daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang bagaimana melatih bayi tidur sepanjang malam.

BAGAIMANA MELATIH BAYI TIDUR SEPANJANG MALAM

Saya tidak menafikan bahawa sesetengah bayi mudah tidur dan akan tidur sepanjang malam seawal usia lapan minggu. Namun kebanyakan bayi belum boleh melakukan sebegini sehingga mereka berusia lima atau enam bulan, atau mungkin lebih lewat dari itu. Jadi sebagai ibu bapa seharusnya banyakkan bersabar. Jika mahu bayi tidur sepanjang malam, anda boleh membantu anak anda tabiat tidur yang baik seawal mungkin.



Antaranya ialah :

1. BELAJAR MENGENAL TANDA-TANDA YANG MENUNJUKKAN BAYI SUDAH LETIH DAN MEMAHAMI POLA CARA TIDUR ANAK.

Selalunya pada usia bayi enam hingga lapan minggu, bayi tidak boleh berjaga lebih daripada dua jam pada satu-satu masa. Jika lewat menidurkannya, bayi anda mungkin terlalu letih dan tidak dapat tidur dengan mudah. Lihatlah tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda sudah mengantuk, seperti menggosok matanya, atau menarik telinganya.
Jika anda mengesan tanda-tanda ini, berkemungkinan besar bayi anda telah mengantuk dan segera meletakkan dia ke atas tilam tempat tidurnya. Secara perlahan-lahan anda akan belajar rentak masa bayi tidur dan tahu masa anak anda akan sedia untuk tidur.



2. MENGAJAR BAYI ANDA TENTANG PERBEZAAN DI ANTARA SIANG DAN MALAM.

Bayi yang baru dilahirkan agar sukar membezakan antara waktu siang dan waktu malam. Maka bayi akan tidur dan bermain mengikut selera mereka. Jika mereka tidak diajar, ibu yang menjaga akan merasa keletihan kerana bayi mereka tidak mahu tidur di malam hari dan tidur sepanjang waktu siangnya.

Bayi yang sudah berusia berusia kira-kira empat minggu dan ke atas, dapat diajar membezakan waktu malam daripada waktu siang. Apabila dia sedang berjaga dan bermain pada pada waktu siang, bermainlah dengannya sekerap mungkin.

Pastikan rumah anda dan biliknya cerah dan terang, dan jangan risau mengenai kebisingan biasa seperti telefon, TV atau mesin basuh. Ini akan membantu dia akan tetap berjaga dan tidak menghabiskan waktu siangnya dengan tidur. Jika anak suka tidur semasa sedang menyusu di waktu siang, kejutkan dia.

Pada waktu malam, cuba jangan bermain dengan anak anda apabila anda memasukkan dia ke dalam bilik untuk menyusukannya. Pastikan cahaya dalam rumah suram dan bunyi-bunyi bising pada tahap minima, dan jangan terlalu banyak bercakap dengannya. Lama-kelamaan dia akan tahu bahawa waktu malam ialah waktu untuk tidur.



3. BERIKAN ANAK ANDA PELUANG UNTUK BELAJAR TIDUR DENGAN SENDIRI.

Apabila dia berusia enam hingga lapan minggu, anda boleh cuba memberi peluang kepada bayi anda untuk tidur dengan sendiri. Cara terbaik melakukannya ialah dengan meletakkannya di katil semasa dia sedang mengantuk, walaupun masih lagi berjaga.

Mengajar bayi anda tentang corak tidur adalah penting. Jika tidak anda akan bangun sepanjang malam kerana anak tidak mahu tidur dan mahu bermain.

Ada ibubapa yang mendodoikan anak mereka sebelum tidur. Jika anda dodoikan bayi untuk tidur setiap malam pada usianya lapan minggu, berkemungkinan bayi anda akan mahu didodoikan setiap kali mahu tidur.

Inilah sebabnya sesetengah pakar pakar kanak-kanak tidak menggalakkan para ibu mendodoikan atau menyusukan bayi mereka untuk tidur. Untuk mendapat tabiat dan corak tidur yang sama setiap malam, anda harus menggunakan cara yang sama setiap malam.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,121 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen