Buat Bakal Pengantin, Ini Trik Kumpul Wang Kahwin Dengan Lebih Cepat.

 

Menguruskan kewangan bukanlah satu perkara yang mudah, dimana anda perlu menjadi seorang yang bijak berbelanja, berjimat dalam keinginan sendiri malah perlu mahir mengawal apa yang perlu. Nak-nak lagi kalau anda mempunyai perancangan seperti berkahwin, ataupun ingin membeli rumah atau kereta.

Walaupun tak ada jalan pintas untuk dapatkan wang yang banyak selain dari menyimpan dan berusaha untuk simpan, anda masih boleh lakukan pelbagai perkara. Bukan hanya sekat apa yang anda mahukan serta kurangkan belanja bulanan sahaja.


Mungkin ada yang akan betul-betul ikat perut kalau nak kumpul duit ini, nak-nak lagi duit kahwin. Itu yang ada sanggup makan sehari sekali sahaja. Untung-untung dapat badan yang ideal ketika majlis bersanding nanti.

Ini salah satu cara anda berbelanja sambil kumpul duit kahwin.

1. Buat beberapa tabungan.

Anda perlu asingkan beberapa jenis tabungan. Macam kalau nak kumpul khas duit kahwin maka simpan untuk duit kahwin, kalau nak shopping simpan untuk tabungan shopping. Walaupun ada banyak tabungan, anda perlu pastikan bahawa anda akan mengisi semua tabungan itu setiap hari secara bergilir. Paling penting anda perlu tetapkan jumlah yang anda ingin masukkan. Sedikit pun lama-lama jadi bukit.



2. Jangan buat hutang.

Disebabkan anda ingin jimatkan kewangan anda, maka anda meminjam dari rakan-rakan anda pula. Apabila anda meminjam ia akan mengurangkan kewangan anda kerana anda telah berbelanja lebih untuk bulan sebelumnya. Bukan itu sahaja anda juga perlu membayar wang rakan anda itu. Jadi ia hanya sekadar menambahkan perbelanjaan dan beban sahaja.

3. Peraturan 30 hari.

Terdapat begitu banyak diskaun yang akan selalu menggoda anda untuk terus membeli-belah dan akhirnya menggunakan wang yang telah anda simpan. Walaupun ia memerlukan latihan rutin dan kehendak yang kuat, anda boleh melakukan peraturan 30 hari, dimana anda menunggu 30 hari sebelum memutuskan untuk membeli item yang anda menilai. Jika hasrat hilang selepas 30 hari, anda tidak perlu membelinya, bukan?



4. Buat senarai beli belah.

Sebelum keluar berbelanja, jangan lupa untuk catat dulu apa yang anda perlukan. Barulah nanti apa yang anda inginkan dan belanjakan itu akan menjadi lebih terhad dan mengikut keperluan dan kehendak. Kalau anda tidak melakukan senarai ini sebelum berbelanja, anda mungkin akan turuti segala kehendak anda.

5. Tingkatkan pendapatan.

Cara terbaik untuk menyelamatkan dan segerakan jumlah tabungan anda adalah dengan tingkatkan pendapatan anda. Anda boleh melakukan pelbagai kerana yang mudah, sama ada menggunakan kemahiran atau tenaga anda. semuanya bergantung kepada anda, nak atau tidak.

Jika anda ingin segera mempunyai simpanan kerana ingin tunaikan apa yang anda mahukan, maka anda perlulah berkerja keras sedikit.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,416 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen