Hubungan Tanpa Pertengkaran, Itu Tanda Kalian Tidak Saling Mencintai Antara Satu Sama Lain.

 

Ada orang inginkan satu hubungan tanpa pertengkaran, katanya itu salah satu tanda hubungan yang bahagia. Sebabnya, bila ada pertengkaran ini pasangan itu tidak saling mempercayai antara satu sama lain malah pasangan itu tidak bahagia.

Bagaimana nak dapatkan hubungan tanpa ada pertengkaran? Tentu agak sulit bukan.

Pertengkaran yang berlaku dalam satu hubungan itu sebenarnya tanda cinta dan kasih sayang anda pada hubungan serta pasangan anda. Mana tidaknya, perasaan takut kehilangan ataupun bimbang jika anda ditipu itulah tanda bahawa anda menyayangi pasangan anda.


Pertengkaran dengan pasangan ini dibahagikan kepada dua iaitu pertengkaran yang menyatukan atau memusahkan hubungan itu. Walaupun pada sekali imbas kelihatan bahawa pertengkaran ini seperti memburukan hubungan tetapi ada manfaat yang anda tidak jangka.



Menurut Psikolog Marni Feuerman, PsyD, dalam Women's Health mendedahkan bahawa tidak pernah bertengkar adalah petanda hubungan yang buruk.

Apabila berlaku pertengkaran bersama pasangan, terdapat hujah-hujah yang jujur yang mereka tegaskan kepada pasangan. Tidak kiralah ia kejujuran yang baik atau sebaliknya. Kedua-duanya akan mendengar rasa tak puas hati atau apa yang terpendam di dalam hati mereka. Walaupun nampak pertengkaran ini tidak elok tetapi dia membentuk komunikasi dengan pasangan.



Ini berbeza dengan suami isteri yang memilih untuk berdiam diri apabila mereka berdepan dengan masalah. Mereka lebih suka memendam dan tidak mendedahkan apa yang ada dalam hati mereka. Ini kerana, mereka fikir bahawa meluahkan atau membicarakan apa yang terpendalam di dalam hati hanya akan merosakkan hubungan. Akan tetapi selepas itu, ia menjadi bom jangka dalam satu hubungan.



Bukan itu saja, banyak kajian menunjukkan bahawa sejumlah pertengkaran diperlukan untuk membina sebuah perkahwinan yang bahagia. Oleh itu, bersyukur jika anda dan pasangan kadang-kadang bertengkar. Kerana ia adalah tanda cinta anda kepadanya malah membuatkan hubungan suami isteri itu semakin berseri.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa pertengkaran tanpa penyelesaian masalah tersebut hanya akan memburukkan keadaan. Jadi apabila ada pertengkaran, cari penyelesaian dan cuba berdamai. Barulah boleh bahagia.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,121 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen