Bimbang Kalau Doktor Lelaki Menjadi Bidan Isteri Ketika Bersalin, Ini Penjelasan Yang Suami Isteri Kena Tahu.

 

Rata-rata suamu sekarang ini bimbang kalau isteri mereka bersalin nanti akan ada doktor lelaki yang menjadi bidan isteri mereka. Mana tidaknya, pandangan serta aurat adalah sangat penting di sini.

Sebab itu ramai suami-suami yang lebih memilih untuk mencari bidan wanita berbanding doktor lelaki yang ada. Itu yang mula melakukan kelahiran di rumah tanpa mendapat perhatian doktor yang bertauliah hingga nyawa isteri menjadi taruhan.

Jadi, apa hukum doktor lelaki menjadi bidan isteri bersalin? Adakah ini boleh dikira sebagai dharurah? Buat suami isteri yang bimbang dan ingin tahu penjelasan, sama-sama fahami penerangan ini.


Kalau zaman dahulu orang lelaki jadi bidan bersalin memang pelik, tapi zaman sekarang sudah menjadi perkara biasa. Inilah kelemahan kita sekarang yang sepatutnya kita perbaiki iaitu dengan meramaikan doktor bersalin dari kaum wanita.
Adakah boleh bersalin dengan doktor lelaki sebab dikira dharurah? Jawabnya Ya, hanya sekiranya tidak ada pilihan lain.



Contohnya masa nak bersalin tu tidak ada doktor wanita atau suami miskin dan hanya mampu bersalin di hospital kerajaan yang kebetulan doktor bertugas pada masa itu adalah doktor lelaki.

Tapi jika suami mampu bayar untuk bersalin di hospital swasta yang dia boleh pilih khidmat doktor wanita, maka haram suami sengaja membiarkan isterinya bersalin dengan doktor lelaki. Ini tidak dikira sebagai dharurah.

Jadi bagi suami yang berkemampuan, tidak boleh kedekut dalam hal ini kerana nak jimat duit. Nak jimat duit boleh pada hal-hal lain tapi bukan sampai melanggar hukum haram dengan membiarkan isteri telanjang di dalam bilik bersalin dengan doktor lelaki. Elok ke si suami duduk tunggu di luar bilik bersalin duk bertasbih "subhanAllah subhanAllah ...", sedangkan doktor lelaki tengok aurat isteri dalam bilik bersalin duk sebut "masyaAllah masyaAllah ..."

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,478 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen