Muka Seiras Pekuat Jodoh, Cuba Tengok Muka Pasangan Masing-Masing.

 

Bagai pinang dibelah dua, itulah yang orang-orang katakan apabila melihat pasangan yang saling seiras wajahnya. Malah ada yang juga beranggapan bahawa jika wajah mempunyai iras yang sama, maka itulah jodoh. Jadi sejauh mana kebenarannya, tidak dapat dipastikan.

Namun begitu, kalau mengikut satu kajian seorang ahli psikologi dari Universiti Michigan di Amerika Syarikat, Robert Zanjonc, dalam kajiannya telah mengumpulkan gambar perkahwinan beberapa pasangan dan membandingkan gambar tersebut dengan wajah yang terbaru.


Hasil kajian tersebut mendapati wajah pasangan yang telah lama berkahwin akan kelihatan saling tak tumpah antara satu sama lain. Malah, menurutnya, semakin bahagia rumah tangga pasangan terbabit, semakin sama wajah mereka. Menarik, bukan? Tetapi, bagaimana agaknya benda seperti ini boleh berlaku?



Kerap bersama dan ada komunikasi yang lama

Satu kajian mengatakan, seseorang yang lama bersama pasangan secara tidak langsung wajah kita akan mengikut riak wajah pasangan dan sekali imbas seiras dilihat orang lain. Ini kerana cara hidup dan pertuturan sekaligus dipengaruhi oleh pasangan.

Cari pasangan wajah seiras

Dalam tak sedar ketika kita mencari pasangan, kita sebenarnya mencari seseorang yang mempunyai persamaan dengan diri kita termasuklah wajah dan penampilan. Biasanya kita akan tertarik dengan seseorang yang hampir sama dengan diri dan personaliti kita. Otak pula secara tidak langsung memberi isyarat bahawa dia adalah jodoh kita.



Emosi mampu mengubah karektor wajah

Pakar Psikologi Sosial, Robert Zajonc mencetuskan konsep social facilitation pada tahun 1965 yang merupakan jawapan kenapa wajah suami isteri boleh jadi seiras. Dalam kajiannya, beliau telah mengumpulkan gambar perkahwinan beberapa pasangan dan membandingkan gambar tersebut dengan wajah yang terbaharu.

Pengaruhi wajah pasangan

Hasil kajian tersebut mendapati wajah pasangan yang telah lama berkahwin akan kelihatan saling tak tumpah antara satu sama lain. Menurutnya, semakin bahagia sesuatu pasangan itu, semakin mereka mempunyai persamaan pada muka.

Akan tetapi, segalanya telah ditetapkan oleh Allah. Seiras atau tidak, kalau dah jodoh tak ke mana.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 491,058 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen