Nak Pilih Baju Pengantin Kena Tekankan 5 Aspek Ini. Buat-Buat Bakal Pengantin Kena Take Note Perkara Ini.

 

Apabila bakal menjadi rasa sehari ini, tentu sahaja banyak perkara yang anda angankan ingin dijadikan kenyataan. Nak-nak lagi kalau bab pakaian dan juga pelamin. Mana tidaknya berkahwin sekali seumur hidup, itu yang kalau boleh nak yang persis diinginkan. Ada juga yang bawa apa yang diangankan itu menjadi realiti kerana ingin puaskan hati sendiri. Malah merasakan bahawa selepas ini tak akan ada kesempatan untuk lakukan semua itu.

Akan tetapi jangan terlalu ingin tunaikan angan-angan itu sehingga melupakan apa yang perlu dilakukan oleh wanita yang beragama Islam. Ini kerana, kadang kala pemilihan pakaian itu sangat tidak sesuai buat anda yang beragama Islam.


Kalau lelaki mungkin tak ada masalah akan pakaian mereka, namun bagi pengantin perempuan tentu saja banyak perkara yang perlu dijaga. Nak-nak lagi nanti anda bakal menjadi tatapan tetamu yang hadir. Walaupun majlis kahwin anda, tapi anda perlu jaga maruah keluarga serta suami anda sendiri.

Maka dengan itu, kalau nak pilih busana perkahwinan, jaga 5 perkara ini.



Menutup aurat – Semestinya pastikan busana itu menutup aurat. Contohnya berlengan panjang dan tidak pendek potongannya terutama di bahagian punggung. Potongan jenis jubah atau baju kurung biasa adalah sangat menepati bagi anda yang mahu tampil anggun di hari bahagia nanti.

Tidak jarang – Jarang dalam konteks pemilihan busana ialah kain yang boleh menampakkan susuk tubuh si pemakainya. Sebaik-baiknya busana yang akan dikenakan itu mempunyai lapisan lain di dalam (inner) untuk memastikan ia tampak lebih sopan sekali gus menarik.



Tidak terlalu ketat – Dalam pemilihan fabrik juga memerlukan ketelitian, seperti fabrik yang tidak mudah melekat ke tubuh apabila digayakan. Contoh fabrik seperti satin adalah tidak digalakkan jika anda mahu gayakan kerana sifatnya yang mudah melekat dan mengikut bentuk badan.

Warna – Ketika memilih untuk menggunakan warna apa sebagai warna tema busana pengantin anda, diingatkan untuk memilih warna yang tidak terlalu menonjol dan terang kerana dikhuatiri warnanya akan menarik perhatian tetamu yang hadir dan itu tidak digalakkan. Seelok-eloknya pilihlah warna yang lembut dan sedap mata memandang.

Hiasan – Hiasan seperti manik, ropol-ropolan yang terlalu sarat sangat tidak sesuai mengikut makna busana muslimah itu sendiri. Hiasan yang ringan dan tidak terlalu sarat tetapi bakal menimbulkan impak eksklusif adalah lebih baik untuk digayakan. Elakkan memilih busana pengantin yang terlalu panjang berjela-jela kainnya kerana ia bakal menampakkan ciri yang lain bagi si pemakai.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 591,426 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen