Hadiah Mertua 4 Perkara Ini, Confirm Jadi Menantu Kesayangan.

 

Mengembirakan ibu bapa mertua ini sama sahaja macam anda mengembirakan ibu bapa anda sendiri. Salah satunya adalah dengan memberi hadiah. Tak perlu tunggu hari-hari penting, tetapi beri saja pada bila-bila masa yang anda mahukan.


Bagaimanapun, ia harus diingatkan, memberi hadiah kepada mertua pastinya tidak mudah berbanding memberi hadiah kepada ibu bapa anda sendiri yang telah anda kenal sejak masih kecil lagi. Bagi anda yang merancang untuk memberi hadiah, tetapi masih keliru, pertimbangkan lima hadiah yang sesuai buat mertua anda yang sememangnya akan membuat dia rasa gembira.



1. Sepasang pakaian.

Jika anda sememangnya rapat dengan mertua anda, tentu sahaja mudah untuk pikat hati mereka dengan sepasang pakaian yang sesuai dengan cita rasanya. Sepasang pakaian boleh menjadi hadiah yang menarik jika anda benar-benar memahami cita rasa ibu bapa anda dalam pakaian. Perhatikan jenis kain, warna, dan saiz. Pastikan ia sesuai.

2. Perabot.

Sesiapa pun tentu saja akan berasa gembira sekiranya mendapat perabit rumah sebagai hadiah. Cuba lihat sekitar rumah mertua anda, apa yang perlu digantikan dengan yang baru. Sebagai contoh almari lama, tilam yang selesa, langsir ataupun kerusi rehatnya.



3. Peralatan pembersihan elektronik.

Jika anda mampu mungkin anda boleh ambil satu orang gaji untuk mertua anda, tetapi jika tidak mampu anda mungkin boleh beri alatan pembersiahan elektronik yang sesuai dengan rumahnya. Walaupun anda tinggal jauh dan tidak dapat membantunya membersihkan rumah setiap hari, sekurang-kurangnya hadiah anda dapat meringankan kerja mereka untuk membersihkan rumah. Anda boleh menyediakan mop moden, pembersih vakum, atau peralatan lain yang boleh membantu mereka menjaga rumah.

4. Tiket percutian.

Sebagai orang tua, tentu sahaja mereka ini jarang sekali pergi bercuti. Mereka bukan saja nak berjimat malah merasakan tidak seronok jika hanya pergi berdua saja. Maka dengan itu, cuba untuk bawa bersama mertua anda ini jika anda ingin pergi bercuti. Biasanya mereka ini akan lebih seronok jika pergi bersama anak-anak dan cucu mereka. Untuk meminimumkan perbelanjaan anda, anda boleh memanfaatkan promosi atau diskaun pada laman tempahan hotel dalam talian.

Dengan perkara ini, tentu saja ia dapat memikat hati ibu bapa mertua anda secara tidak langsung menjadikan anda sebagai anak menantu yang disayangi. Bukan kerana anda berjaya pikat mereka dengan wang ringgi, tetapi faham apa yang mereka rasai dan ingin ringankan beban mereka.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,443 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen