Terima Kasih Kerana Buat Aku Fikir Semua Lelaki Itu Sama!

 

Sebagai wanita yang pernah dilukai, pastinya kita mengharapkan pengganti yang lebih baik dari yang sebelumnya. Bagi wanita, agak sukar untuk membuka semula pintu hati setelah dilukai oleh insan yang amat dicintai dan diharap akan memimpinnya ke jinjang pelamin kelak.


Namun, tatkala seseorang wanita itu telah memutuskan untuk bercinta semula, mahu terima semula lelaki dalam hidupnya, bermakna dia sudah bersedia dan sudah bangkit dari kesedihan lalu. Sebagai lelaki yang dilipih, ketahuilah apa yang si dia pernah lalui dan jangan ulangi lagi kesilapan serupa supaya tidak menambahkan bara yang kian padam di hati wanita berkenaan.



Jika anda sebagai lelaki masih lagi tidak menjaga hubungan dengan sebaik mungkin, masih membiarkan seseorang wanita itu menangis di sepanjang malamnya, di manakan hati nurani anda dan tanda penghormatan anda kepada bakal ibu kepada anak-anak anda? Seharusnya menjadi lelaki itu sifatnya melindungi, menyayangi, bukannya melukai.



Andai wanita yang pernah dilukai itu kembali menerima anda sebagai insan baru dalam hidupnya, bermakna dia telah serahkan kepercayaan sepenuhnya kepada anda agar tidak mengulangi kesilapan insan terdahulu. Jagalah dan hargailah peluang yang tidak mudah diperoleh itu sebaiknya. Udah sia-siakan harapan dan keyakinan si dia bahawa anda adalah lelaki yang akan membahagiakannya sampai bila-bila.

Sebaiknya, jadilah penyelamat cinta yang menyemai kasih dan sayang sepenuh jiwa buat si dia yang pernah terluka.
Namun jika anda tetap juga sama seperti lelaki yang dia kenal dulu, maka jangan hairan jika seseorang wanita melabelkan semua lelaki adalah sama sahaja.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,312 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen