Rasa Sakit Hati & Kecewa, Ini Cara Menghilangkannya.

 

Sakit hati jika dibiarkan tidak akan berubah menjadi dendam. Di samping bersalah, kecederaan jangka panjang boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan mental anda. Terutama jika orang yang menyakitkan kita adalah orang yang kita cintai atau yang paling dipercayai. Sudah tentu bukan satu perkara yang mudah untuk merawat sakit hati.

Ada orang rasa sakit hati kerana cintanya ditolak, ada orang sakit hati kerana pasangannya berlaku curang, malah ada juga yang sakit hati apabila ditipu oleh seseorang yang dia sayangi.


Dendam dan kelukaan yang anda lalui ini akan memberi kesan yang sangat buruk kepada diri sendiri. Dimana anda mudah rasa tertekan, mudah emosi, insomnia, sehingga pedih ulu hati dapat terjadi kerana banyak pemikiran.

Untuk menghilangkan perasaan dan menjuahi perkara ini ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan;



1. Terima kenyataan.

Lebih mudah sebenarnya apabila anda tidak meletakkan harapan atau perasaan lagi terhadap perkara tersebut. Anda perlu terima kenyataan bahawa hubungan anda telah berakhir ataupun kalian ini tidak berjodoh antara satu sama lain. Ini sebenarnya lebih baik dari anda terus menerus menyimpan dendam.

2. Berhenti mengejar atau ambil tahu lagi.

Cukup dengan apa yang telah dia lakukan pada diri anda. Untuk apa anda ambil tahu dan mengejar dirinya lagi kalau itu semua hanya membuat anda rasa berdendam dan juga marah pada dirinya. Bukankah lebih baik kalau anda ambil haluan anda sendiri tanpa mempedulikan dirinya lagi. Barulah hidup lebih tenang.



3. Tulis apa yang bermain difikiran dan perasaan anda.

Rasa tak mampu nak luahkan kepada sesiapa? Menulis apa yang anda rasakan itu sebenarnya lebih baik buat diri anda. Menulis adalah salah satu cara yang anda boleh lakukan untuk melepaskan tekanan. Dengan menulis semua fikiran, perasaan kekecewaan dan segala yang tersembunyi di dalam minda dan hati anda akan keluar. Apabila semuanya melimpah secara bertulis, tentu saja ia akan membuat anda lebih tenang.

4. Mula bersenam.

Jangan lupa untuk amalkan senaman ringkas yang membantu menenangkan fikiran anda. Apabila anda bersenam, tubuh melepaskan endorfin yang menjadikan anda lebih bahagia dan lebih tenang. Kadang-kadang cuba senam yoga untuk mengamalkan tumpuan dan pernafasan supaya anda boleh menjadi lebih tenang.



5. Luangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan.

Saat jatuh bangun, mereka inilah yang akan terus setia di sisi anda. Maka dengan itu, gunakan peluang ini untuk habiskan segala masa anda bersama dengan mereka. Mereka ini bukan sahaja mampu mengembirakan anda malah membuat anda terleka hingga melupakan apa yang menyakitkan anda.

6. Berfikiran positif.

Mungkin tak mudah, tapi anda perlu berusaha untuk berfikiran positif. Ini kerana, apa yang anda fikirkan itu sebenarnya memainkan peranan yang besar buat diri anda. Bagaimana anda berfikir begitulah yang diri anda akan rasai. Cuba untuk berfikir dengan positif jika mahukan jiwa yang tenang.

7. Mengadu kepada-Nya.

Sebagai orang Islam, tentu sahaja Dia adalah sebaik-baik tempat untuk anda luahkan segala isi hati anda. Maka dengan itu, dekatkan diri anda kepadanya malah sentiasa penuhi jiwa anda dengan ayat-ayat al-Quran yang indah lagi mengasyikkan.

Selamat mencuba dan semoga berbahagia.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,121 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen