Suami Terbaik, Tak Ada 5 Sikap Ini. Bakal-Bakal Suami Kalau Ada Sikap Ini Kena Buang Jauh-Jauh.

 

Setiap wanita mahukan lelaki yang terbaik untuk dijadikan suaminya. Kalau boleh suami yang sanggup menerima baik buruk dirinya, pembimbing yang terbaik serta seorang yang bertanggungjawab. Ini kerana, selepas berkahwin seorang lelaki akan sentiasa perlu mendidik dan melindungi isterinya.

Buat para lelaki yang bakal bergelar suami, sebelum kahwin anda bebas untuk memiliki sikap yang bagaimana sekali pun, akan tetapi selepas kahwin sikap yang tidak perlu itu hendaklah dibuang dan jangan disimpan di dalam diri selepas berumahtangga.


Jangan kerana sikap tersebut, anda telah melukakan orang yang betul-betul ikhlas dan sungguh menyayangi diri anda. Malah, jangan kerana sikap tersebut anda kehilangan kebahagiaan anda sendiri.

Di sini kami kongsikan 5 sikap yang para suami harus berusaha untuk elakkan. Semoga menjadi panduan ke arah rumahtangga bahagia lagi penuh barakah.



1. Seorang suami yang malas berkerja.

Sebagai seorang ketua keluarga, anda perlu rajin untuk mencari rezeki demi keluarga anda. Suami sepatutnya memikul tanggungjawab untuk mencari nafkah buat keluarga bukannya menjadi beban buat keluarga. Dalam keadaan ekonomi sebegini, jangan ambil kesempatan ke atas titik peluh isteri, tetapi cubalah untuk berusaha dengan gigih lagi dalam mencari rezeki yang halal buat anak dan juga isteri.

2. Seorang yang lemah dan cepat berputus asa.

Sebagai role model buat anak dan isteri, suami sepatutnya memberikan contoh yang terbaik agar dihormati dan dipandang tinggi oleh anak dan isteri. Lelaki yang cepat putus asa dan lemah ini biasanya tidak akan dijadikan contoh yang baik oleh anak-anak. Maka seorang suami haruslah menunjukkan sikap tidak mudah berputus asa dalam menghadapi satu kegagalan dan kekalahan dalam hidup kerana isteri adalah orang yang sentiasa ada untuk memberi sokongan pada suami.



3. Seorang yang panas baran.

Orang yang cepat marah dan panas baran ini biasanya suka bertindak di luar kawalan. Dimana, dia sentiasa melakukan apa saja tanpa berfikir secara rasional akan sesuatu perkara. Ini yang membuatkan hubungan suami isteri cepat give up dan akhirnya memilih untuk berpisah.

Suami perlu bijak mengawal keadaan seperti berfikir dengan rasional, jangan cepat melenting, dan sentiasa bertolak ansur dengan pasangan. Isteri merupakan acuan dari suaminya, jika layanan suami kepada isteri bagaikan seorang permaisuri. Maka isteri juga akan melayan suaminya seperti Sang Raja.



4. Seorang yang kedekut.

Isteri dan anak-anak ini adalah lorong rezeki buat anda, maka dengan itu jangan lupa untuk sentiasa berkongsi rezeki anda bersama mereka. Semakin banyak rezeki yang anda kongsikan makin murah rezeki anda. Seorang suami perlu berhemah dalam berbelanja, bukannya kedekut. Dan menjadi tanggungjawabnya memastikan semua keperluan itu wajib dicukupkan.

5. Seorang yang lupa Allah.

Ini yang paling PENTING. Asas kebahagian rumah tangga adalah dari cinta pasangan kita kerana Allah. Bagaimana suami ingin menjadi pemimpin yang baik sedangkan hubungan dia dengan Allah tidak dijaga. Suami yang tidak menunaikan solat, tidak berpuasa, tidak mengajak isteri menutup aurat, dan tidak mendidik keluarganya akan membuat rumahtangga sentiasa dalam keadaan yang kucar-kacir dan resah.

Perkahwinan yang berkat hasil dari hubungan kita dengan Allah. Agama merupakan nadi dalam hidup manusia, tanpa agama, maka matilah roh manusia itu.

Suami yang baik tidak akan ada sikap-sikap seperti ini. Maka dengan itu, jika anda mahu menjadi yang terbaik jangan lupa untuk buang segala sikap yang tak perlu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,256 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen