Bentuk Badan Kelihatan Lebih Cantik Kalau Gunakan Korset... Hati-Hati, Ia Mungkin Bahayakan Badan Anda.

 

Bagi seorang wanita, penampilan sememangnya satu perkara yang sangat penting. Ini kerana, mereka ini sentiasa mahukan sesuatu yang cantik untuk rasa lebih yakin dan menonjol ke hadapan. Sebab itu wanita ini begitu mudah percaya akan “beauty is pain” yang mana sanggup melakukan apa saja untuk kelihatan cantik. Menakutkan bukan?

Kalau mengikut keinginan wanita, dia mahu kelihatan cantik dari setiap sudut. Baik dari kepala mahupun kakinya. Mereka cantik, berhias dan sanggup menahan sakit ini bukan untuk siapa-siapa tetapi lebih kepada diri sendiri dan juga keyakinan dirinya.


Ada dikalangan anda ini pengemar korset?

Tahukah anda selain boleh mengempiskan perut, pakai korset juga mempunyai risiko kepada kesihatan wanita.

Korset ini lebih kurang seperti bengkung, akan tetapi bengkung kini hanya digunakan oleh mereka yang berpantang sahaja bukan semua orang. Pengunaan bengkung bukan perkara baru dalam masyarakat Melayu kerana ia sudah wujud sejak sekian lama sebagai satu kaedah merampingkan pinggang. Untuk menjadikan organ dalaman kembali kepada kedudukan asal selain memulihkan bentuk badan selepas melahirkan untuk ibu berpantang.

Tapi kalau korset ini pula, ia lebih digunakan untuk kegunaan harian bagi memastikan penampilan dan bentuk tubuh kelihatan menarik. Ada yang beranggapan bahawa korset ini adalah bengkung moden yang digunakan buat wanita untuk mendapatkan pinggang yang menawan.

Mungkin anda rasa cantik tetapi bahaya buat kesihatan badan anda.



Kesan Pemakaian Korset

Kesan pemakaian korset telah dikaji sejak berabad lamanya sejak pemakaian korset ini mula diperkenalkan dan hasilnya terlalu banyak kes-kes kesihatan telah difailkan. Kebanyakan wanita mengalami masalah yang sama, pemakaian korset setiap hari akan mengakibatkan kecederaan dalaman yang serius dan petanda-petanda kesihatan lain yang cukup serius perlu di pandang berat.



Berkesankah untuk kurus?

Apabila anda memakai korset, situasi ini boleh dikatakan seperti meletakkan tekanan ke atas perut serta ukuran pinggang anda. Ia menyebabkan kesukaran untuk makan berlebihan sekali gus mengurangkan selera makan.

Malahan, jika korset itu telah digabungkan dengan infra merah, ia akan menjadi panas (umpama sauna) dan meningkatkan metabolisme serta membakar kalori yang tidak semestinya membakar lemak.

Bagaimanapun, teori yang digunakan ini juga dapat mengakibatkan kesan sampingan yang serius terhadap kesihatan baik dari segi jangka pendek dan jangka panjang iaitu:

1. Ketidakselesaan untuk bernafas – penggunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan tahap oksigen yang rendah dalam badan, sehingga menyebabkan keletihan, pening dan mual.

2. kompresi atau tekanan terhadap rongga dada yang dapat mempengaruhi organ dalaman seperti hati, paru-paru dan jantung.

3. Penyebab kepada chlorosis (greensickness) iaitu kulit menjadi putih kehijauan yang disebabkan oleh adanya gangguan pada hempedu.

4. Kelainan bentuk fizikal tubuh misalnya tekanan pada perut akan terjadinya benjolan di bahagian tubuh yang lain.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,770 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen