Buat Bakal Pengantin, Amal Doa Ini Untuk Majlis Lebih Berkat.

 

Setiap orang tentu mempunyai angan-angan untuk mendirikan rumahtangga dan membina keluarganya sendiri. Bukan itu sahaja, setiap pasangan yang saling menyayangi dan sah menjadi suami isteri ini tentu sahaja berharap bahawa hubungan yang mereka bina itu akan bahagia serta kekal hingga ke akhir hayat.

Pembentukan institusi keluarga Islam bertitik tolak daripada perkahwinan. Malah, dalam Islam sendiri, perkahwinan itu adalah sangat-sangat dianjurkan. Terdapat banyak dalil dari al-Quran dan hadis yang menyarankan agar umat Islam bernikah.


Dari Anas bin Malik ra berkata: “Rasulullah saw memerintahkan kami untuk menikah dan melarang membujang dengan larangan yang keras.” Nabi saw bersabda;

تَزَوَّجُوا الْوَدُوْدَ الْوَلُوْدَ، فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمُ اْلأَنْبِيَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya, “Kahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu kerana sesungguhnya aku berbangga kerana banyak bilangan kamu pada hari kiamat kelak.” (HR Imam Ahmad)

Berkahwin bukan sahaja menjadi sunnah Nabi saw. Tetapi ia juga adalah cara halal yang Allah syariatkan kepada manusia untuk memenuhi fitrah serta keperluan zahir dan batin manusia. Namun begitu, perkahwinan dalam Islam dilandasi dengan panduan serta hukum yang jelas agar perkahwinan itu menjadi suatu ikatan yang memberi kebahagian, bukannya kemudharatan.



Dalam memohon keberkatan untuk kedua mempelai, bolehlah dibacakan doa ini untuk kesejahteraan kedua mempelai.


Baarakallaahu laka, wa baaraka ‘alaika, wa jama’a baynakumaa fii khair

“Semoga Allah memberikan berkat kepadamu, semoga Allah mencurahkan keberkatan kepadamu. Dan semoga Allah mempersatukan kalian berdua dalam kebaikan.”

Kedudukan hadis doa nikah ini adalah Hasan Sohih, diriwayatkan dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Rasulullah shallallahu alaihi wasallam sentiasa mendoakan orang yang melangsungkan pernikahan dengan mengucapkan “Baarakallaahu laka, wa baaraka ‘alaika, wa jama’a baynakumaa fii khair.” (HR Tirmidzi, Abu Daud dan Ibnu Majah).

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,864 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen