Pilih Emas Sebagai Mas Kahwin, Salah Satu Cara Suami Hargai Isteri Tanpa Sedar.

 

Mas kahwin atau mahar (Bahasa Arab: مهر‎) ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Mas kahwin adalah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah yang kelima iaitu ijab dan kabul (akad). Mas kahwin juga akan disebut dalam akad.


Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka”.

(Surah An-Nisaa’ Ayat 4)

Hadith Rasulullah SAW bersabda:

أَعْطِهَا وَلَوْ خَاتَمًا مِنْ حَدِيدٍ
Maksudnya: “Engkau berikanlah perempuan itu walaupun sebentuk cincin besi.”

Riwayat al-Bukhari (4741) dan Muslim (1425)

Setiap orang mempunyai perbezaan pendapat dalam pemberian mas kahwin ini. Ada yang memilih untuk mengikut apa yang telah ditetapkan oleh perundangan syariah negeri-negeri, ada juga yang memilih untuk memberi lebih ataupun memilih barang kemas sebagai mas kahwin.

Semua ini bergantung kepada pihak lelaki dan budi bicara kalian sebagai pasangan suami isteri.



Mas kahwin ini ibarat maruah wanita yang berharga sebenarnya. Sebab itu mas kahwin akan disebut dalam akad nikah bukannya seperti wang hantaran. Jadi apabila anda memberi mas kahwin yang lebih tinggi nilainya, maka anda sebenarnya memandang tinggi pasangan anda itu dan begitu menghargai dirinya.

Banyak untungnya menggunakan barang kemas sebagai mas kahwin ini, antaranya;

1. Emas ini makin lama makin mahal. Samalah dengan isteri anda, dimana semakin lama dia di sisi anda maka semakin mahal dan berharganya dirinya itu. Nak-nak lagi jika dia melahirkan anak-anak buat anda serta menjadi isteri yang taat.

2. Memilih emas sebagai mas kahwin memiliki sentimental value yang cukup kuat berbanding wang ringgit sebagai mas. Isteri anda tentu sahaja akan memakai emas tersebut di badannya. Maka dengan itu dia akan sentiasa mengingati moment indah bersama anda.

3. Jika anda beri wang, mungkin sehari dua wang tersebut akan habis. Namun jika anda beri emas tentu saja akan kekal lama malah tidak akan habis. Sebabnya, emas ini akan digadai apabila betul-betul tak ada duit sahaja.

4. Maskahwin bagi saya ia sebagai simpanan untuk jangka masa panjang. Jadi lebih baik ditukarkan kedalam bentuk emas berbanding dibiarkan ia dalam bentuk wang kertas.

5. Tak lupa juga, emas yang dijadikan sebagai mas kahwin ini boleh digunakan sebagai pelaburan jangka panjang. Tentu sahaja akan berguna nanti.

Apa-apa pun, sebagai orang perempuan jangan lakukan perkara yang membebankan bakal pasangan anda. Sebagai orang lelaki, ini segalanya keputusan anda serta ikut kemampuan anda. Jangan rasa terpaksa pula.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,471 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen