Menangis Terhadap Satu Kekecewaan Yang Menyakitkan, Ini Yang Terjadi Pada Tubuh Badan Anda.

 

Ada orang dia menangis saat dia sedih dan kecewa, akan tetapi ada juga yang menangis saat mereka rasa gembira. Menangis ini adalah perkara biasa yang dirasai oleh sesiapa sahaja. Hingga ada juga yang menangis ketika menonton atau membaca buku yang sedih.

Menangis ini adalah sangat wajar untuk berlaku, malah ia juga mempunyai tiga jenis perbezaan.

Pertama: Air mata jenis basal, atau yang air mata yang berterusan dan berguna untuk menghidrat mata dan membuat pandangan lebih jelas.

Kedua: Air mata refleks, yang berlaku secara tiba-tiba atau secara spontan akibat tindak balas terhadap sesuatu.

Ketiga: Air mata emosi, yang merupakan air mata kerana perasaan sedih, kemarahan, atau pengalaman lain yang dialaminya.


Namun begitu, rupa-rupanya menangis ini juga akan memberi kesan kepada tubuh badan seseorang. Seperti yang dipetik dari Byrdie.com, berikut adalah beberapa kesan yang akan berlaku pada tubuh badan anda apabila anda menangis.



1. Menangis boleh membantu lepaskan hormon tekanan dalm badan

Secara luaran, air mata emosi dapat membantu tubuh menjadi lebih santai dan tenang. Apabila menangis, disebabkan emosi yang berbeza-beza, ia dapat melepaskan hormon-hormon stres dalam badan supaya terasa tenang selepas itu.

2. Menangis membantu proses pemulihan emosi

Ada yang menangis kerana sedih dan juga marah. Ini berlaku kerana tubuh memproses perkara-perkara yang berlaku kepada anda. Emosi yang terus berkembang dan menjadi sengit akan menyebabkan anda menangis. Walau bagaimanapun, selepas menuangkan air mata, biasanya ia menjadi proses detoksifikasi yang boleh membuat anda pulih dan kuat.



3. Menangis melepaskan hormon endorphin dalam badan

Pada masa yang sama apabila hormon tekanan dilepaskan dari badan, hormon positif dikeluarkan di dalamnya. Ini termasuk oxytocin, yang juga dikenali sebagai hormon cinta, yang membantu kita merasa terhubung dengan orang lain. Malah dikatakan bahawa air mata mempunyai tahap leuenkephalin yang tinggi yang dapat membantu melepaskan hormon endhorpin dalam tubuh.

4. Menangis dapat memperkuat hubungan dengan orang lain

Menangis dapat memperkuat hubungan anda dengan orang lain. Ini kerana menangis biasanya menjadikan seseorang itu berhubung dan menjadikan keduanya lebih dekat, serta menyebabkan perasaan empati dan simpati yang tinggi.

Jadi apabila sesuatu berlaku dalam diri anda, jangan takut untuk menangis. Menangis bukan tanda anda lemah tetapi tanda anda ingin bangkit dari rasa yang sukar.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,991 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen