Cium Suami Mampu Kuruskan Badan Dengan Lebih Cepat? Yang Bujang Itu Tunggu Apa Lagi, Cepat-Cepatlah Kahwin.

 

Nak dapatkan berat badan ideal ini memang agak sukar, nak-nak lagi kalau anda ini jenis yang malas nak bersenam dan juga nak jaga pemakanan. Bukan itu sahaja, kadang kala cepat sangat give up pun membuatkan seseorang itu tak mampu memiliki badan idamannya.


Selalunya bila dah kahwin berat badan akan naik dengan mendadak. Orang kata sebab bahagia, itu yang semakin comel. Namun begitu, ia tetap menjadi satu kebimbangan bagi kaum isteri. Mana tidaknya, nanti semakin berat dan comel, suami pula semakin takut nak dekat. Itu yang ramai cuba nak kuruskan badan, nak tarik perhatian suaminya semula.

Orang kata penampilan isteri itu penting, itu yang isteri-isteri cuba dapatkan berat badan macam anak dara dulu.
Satu kajian di Amerika Syarikat mendapati sekiranya suami memberikan ciuman kepada isteri sebelum keluar ke pejabat pada setiap pagi, ia akan membantu memanjangkan jangka hayat suami sebanyak 5 tahun berbanding mereka yang tidak melakukannya.



Bukan itu sahaja, menurut penulis buku The Sex Contract and Anatomy of Love, Profesor Dr Helen dari Univerisiti Rutgers, New Jersy mengatakan ciuman dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang. Jika suami atau isteri anda ada mesyuarat atau pembentangkan kertas kerja di pejabat, sebaiknya hadiahkan mereka dengan ciuman. Ia dapat menjadi booster kepada keyakinan mereka dan membantunya kekal positif sepanjang hari.



Bukan itu sahaja, satu kajian dari Profesor Dr Bryant Stamford dari Universiti Louisville mendapati ciuman membantu membakar dua hingga tiga kalori untuk setiap satu minit. Tabiat bercium dengan pasangan juga membantu menggandakan kadar metabolisme seseorang. Bercium dengan penuh kasih sayang yang dilakukan selama 20 saat setiap kali dapat menurunkan berat badan.



Bercium ini sebenarnya baik untuk kesihatan jantung anda. Menerusi ciuman, anda akan meningkatkan aliran adrenalin yang membantu jantung mengepam darah dengan lebih efektif ke seluruh tubuh. Untuk anda yang mempunyai masalah tekanan, bercioum dapat meredakannya.

Kalau dah ciuman ini membantu meredakan pasangan, apa kata selepas ini kalau berlaku salah faham dan pertengkaran anda cium sahaja pasangan anda. Tentu sahaja moodnya akan kembali elok dan okay.

Buat yang bujang itu, cepat-cepatlah kahwin kalau nak rasa semua ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,836 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen