Bulan Madu Secara Berjimat, Orang Yang Save Bajet Boleh Cuba Tips Ini.

 

Ada orang lebaih pilih majlis yang mewah tapi bulan madu tak ada. Ada oraang pula pilih bulan madu yang mewah tapi majlis kahwin biasa-biasa je, malah ada juga yang pilih dua-dua mewah. Ini kalau mampu tak apa lah.

Sebagai satu pemulaan hidup yang baru, tentu sahaja anda perlu mulakan dengan satu perkara yang baik. Di mana bulan madu itulah saat yang baik dan sesuai buat anda dan pasangan mula kenal satu sama lain dengan lebih dekat lagi.


Namun begitu, dengan majlis kahwin lagi apa semua, tentu ada sesetengah dari anda akan merasakan bahawa bulan madu ini hanya akan membazir sahaja. Lebih baik simpan atau guna untuk majlis perkahiwnan. Bukan selalu nak bulan madu ini, entah-entah ini kali pertama dan terakhir.

Ada cara sebenarnya nak rasai bulan madu tapi dalam keadaannya save bajet.

1. Pilih dalam negeri bukan luar negara.

Bila cakap pasal bulan madu je, mesti ramai yang terbayang akan keindahan negara luar. Tak payah nak pergi luar negera sangat, sedangkan dalam Malaysia pun anda tak habis pusing. Pilih sahaja tempat yang dekat-dekat dengan anda sebagai pilihan bulan madu. Jimat harga tiket disitu sudah.



2. Booking bilik hotel awal-awal.

Nak murah jangan booking lambat-lambat, tetapi booking dengan lebih awal. Walaupun anda sendiri tak pasti nak pergi ke tidak tapi booking sahaja dulu. Biasanya bila dah booking ini akan jadi pergi punya. Malah harga bilik hotel juga lebih murah bila booking lebih awal.

3. Jangan guna kad kredit.

Segala pembayaran adalah lebih elok kalau guna tunai atau debit card anda. Mana tidaknya, jika anda guna kad kredit ini tentu sahaja segalanya akan lebih mudah untuk menghabiskan wang yang ada. Kerana anda tak rasa perlu bayar, jadi jauhi kad kredit anda.



4. Pilih hotel yang murah pun okay.

Tak perlu nak 5 bintang atau 4 bintang, cukup kalau 3 bintang okay dah. Tapi kalau mampu apa salahnya. Bukan apa, kalau hotel ini hanya untuk tidur sahaja, kalau mahal-mahal rugi pula nanti. Jadi pilih yang berpatutan dan sesuai dengan selera anda.

5. Tak payah beli ole-ole.

Kalau anda pergi ke dalam negara sahaja tentu sahaja anda tak perlu beli ole-ole buat ahli keluarga anda. Kalau beli sekali pun, tentu sahaja sesuatu yang murah dan tak perlu beli untuk semua orang. Berlainan kalau anda keluar negara, tentu perlu beli ole-ole malah ramai akan kirim barang pada anda.

Tak salah kalau nak pergi honeymoon ini, tapi jangan membazir pula.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,416 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen