Jangan Tambah Ahli Keluarga Dulu, Kalau Belum Capai Kestabilan Ini. Cukup Kalau Ada Anak Seorang Sebagai Penyeri.

 

Perkahwinan dan membina keluarga ini bukan satu perkara yang mudah. Kalau anda tak berani dan yakin, belum tentu lagi anda mampu untuk lalui semua perkara ini. Sebabnya, dalam setiap yang berlaku terdapat konflik dan juga cabaran yang sememangnya menduga anda.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat pencerian di Malaysia berlaku adalah kerana beberapa faktor. Punca yang paling utama dalam statistik ini adalah kestabilan kewangan antara pasangan suami isteri, barulah diikuti dengan gangguan pihak ketiga seterusnya penderaan mental & fizikal.


Nampak tak kewangan ini salah satu punca kebahagiaan rumahtangga juga. Jika anda sudah berkahwin dan masih membina keluarga anda perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan. Malah, jangan tambah ahli keluarga seperti anak atau isteri baru jika anda masih belum sediakan perkara ini.



1. Tabungan kecemasan.

Apa yang perlu anda bimbangkan dan utamakan adalah tabungan kecemasan anda. Tabungan ini seharusnya sekurang-kurang 6 bulan dari gaji anda. Barulah jika sebarang kemungkinan berlaku anda serta ahli keluarga anda dapat hadapi sebarang kemungkinan. Tak ramai yang merasakan perkara ini serius sebenarnya.

2. Perkerjaan yang stabil.

Bila anda sudah berkahwin, ini bermakna anda sudah tidak boleh lagi nak main tukar-tukar kerja. Malah anda kena ada satu kerja yang stabil dimana setiap bulan anda mendapat gaji untuk menyara anak dan isteri anda. Kalau anda tidak ada perkerjaan yang tetap, mungkin pelbagai masalah akan datang kepada anda.



3. Menabung buat anak-anak.

Ini sebenarnya penting buat anak-anak anda. Masa depan anak-anak bukan satu perkara yang murah, maka makin ramai orang yang semakin bijak pandai masa ini. Jadi anda tentu perlu berlumba-lumba untuk memastikan anak anda mendapatkan pendidikan yang terbaik. Sebab itu anda perlu tabungan buat pelajaran mereka. Kelak hari tua nanti, anda juga yang berlindung di bawah mereka.

4. Insuran.

Tak perlu yang mahal hingga memakan belanja yang beratus-ratus, cukup kalau anda ada insuran yang basic sahaja. Jadi kalau ada berlaku pada anda, anda juga pelindungan buat diri sendiri. Kalau ada duit lebih, boleh beli yang mahal sedikit.

Kalau anda masih belum mampu penuhi segala ini, jangan tambah anak dahulu tetapi stabilkan kewangan anda. Ini kerana, semakin berat tanggungjawab dan beban yang anda pikul, semakin sukar untuk anda miliki semua ini. Jadi berfikir dengan bijak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,443 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen