Earphone Jadi Pendengar Yang Setia Dikala Sunyi, Tapi Hati-Hati Dengan Deria Pendengaran Anda.

 

Sebagai orang yang masih single ini, tentu sahaja akan ada peneman yang sentiasa menemani anda. Malah anda juga rasa tidak keseorangan apabila bersama dengan dirinya. Dia membuatkan anda menghayati muzik dengan lebih baik, malah merasakan bahawa anda sudah cukup menyenangkan hidup anda.

Ya, ear phone ini sangat membanti buat mereka yang bersedirian dan sentiasa sunyi akan kehidupan. Kebiasaannya fon telinga digunakan ketika menunggu seseorang, duduk seorang diri dan yang paling kerap dilakukan adalah mendengar lagu sebelum tidur dengan kelantangan suara yang maksimum. Bukan setakat boleh di dengar sendiri malah jika ada indvidu di sebelah, pun boleh mendengar kerana ia dipasang di tahap maksimum!


Walaupun ia mampu menyenangkan anda dan membuatkan anda terasa nyaman, tapi ia sebenarnya kurang elok untuk deria pendengaran anda. Ini kerana suara yang dimainkan melalui fon teling akan terus menuju ke telinga dan organ pendengaran lain di dalam telinga anda.

Jadi macam mana nak elakkan perkara ini daripada berlaku malah tidak merosakkan pendengaran anda.



Hadkan penggunaan

Untuk memastikan penggunaan fon telinga tidak menjejaskan pendengaran anda, minimumkan masa penggunaan earphone selama sejam dengan menggunakan kelantangan yang rendah. Pendedahan kepada bunyi yang kuat dalam masa yang lama akan menjejaskan pendengaran anda.

Tidak memasukkan fon telinga terlalu dalam

Pada masa kini kebanyakan jenis fon telinga banyak dijual di pasaran adalah jenis ear bud. Ia lebih diminati oleh orang ramai kerana boleh disumbat dan kekal di dalam telinga berbanding dengan fon telinga yang lain.

Akan tetapi, fon telinga jenis ini sangat bahaya kepada telinga anda. Ia akan membuat anda lebih cenderung untuk menyumbat ear bud tersebut lebih dalam ke dalam corong telinga. Ia sememangnya direka khas agar diletakkan pada telinga dengan jarak yang selamat. Jadi elakkan menolaknya jauh ke dalam telinga.



Bersihkan fon telinga

Membersihkan fon telinga sebanyak seminggu sekali sudah memadai jika anda terlalu malas. Ini kerana dalam apa jua yang anda lakukan, kebersihan adalah penting. Dengan hanya menggunakan pembersih antiseptik dan jika boleh, simpan fon telinga di dalam bekas yang bersih apabila tidak digunakan.

Membersihkan telinga

Penggunaan fon telinga dengan kerap akan menyebabkan terkumpulnya kotoran di dalam telinga. Dengan itu akan berlakunya masalah pendengaran.

Oleh itu, bersihkan telinga anda dengan kerap agar kotoran tersebut tidak tersumbat dengan menggunakan putik kapas tetapi hanya di bahagian luar sahaja. Jika ia masuk terlalu dalam, keadaan ini akan menyebabkan kotoran masuk lebih dalam. Tentunya situasi ini akan membuatkan tahap keselamatan telinga anda semakin bahaya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,482 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen