Hati-Hati, Jika Si Dia Hanya Memandang Rupa Paras Bukannya Benar-Benar Ikhlas Inginkan Anda.

 

Setiap orang tentu mempunyai sesuatu yang sangat disukai pada pasangannya bukan. Boleh jadi suka pada hati budinya, masakannya, percakapan, kebijaksanaan malah ada juga yang suka akan paras rupa pasangannya. Orang kata, dari situlah perasaan cinta dan sayang itu akan timbul.

Namun begitu, tak semua orang mempunyai niat yang tulus dalam menyukai sesuatu itu. Boleh jadi, dia mahu megamabil kesempatan ke atas anda ataupun saja ingin mempermainkan anda. Ini menakutkan sebenarnya, walaupun ia satu kelebihan buat diri sendiri tapi ia boleh menjadi punca mengapa anda kecewa dan tersakiti.


Ini adalah beberapa tanda bahawa seseorang itu bukan ikhlas dengan anda tetapi hanya menyukai paras rupa anda sahaja. Hati-hati!

1. Sentiasa memuji kecantikan anda.

Bagi dirinya anda begitu cantik dengan apa yang anda miliki. Dirinya kejap puji anda pakai itu, kejap puji anda pakai ini. Kalau berjumpa dengan anda tentu sahaja dia akan sentiasa puji akan penampilan dan kecantikan anda. Kira macam matanya hanya pandang cantiknya anda bukan padang perkara lain pada anda.



2. Berbangga kerana berjaya miliki anda.

Ada sahaja pasangan yang akan bercerita pada rakan-rakannya bagaimana dia mampu memiliki pasangan seperti anda. Malah dia sentiasa berbangga bahawa anda begitu menyayangi dirinya malah sentiasa ingin bersama dirinya. Dia tidak pernah lupa bagaimana dia berjaya memikat hati anda. Bagi dirinya memiliki anda itu adalah satu kerjayaan yang besar.

3. Mahukan sesuatu yang seksual dari anda.

Apabila dia memandang paras rupa anda sahaja, tentu ada niat yang tersembunyi. Di mana, kadang kala mereka yang seperti ini akan mula kata-kata lucah dan mengambil kesempatan ke atas anda. Ini bahaya, dia bukan sahaja suka akan penampilan anda sahaja malah dia cuba melakukan sesuatu yang tak baik pada diri anda.



4. Sentiasa bandingkan kecantikan orang lain dengan diri anda.

Setiap orang ada kecantikannya yang tersendiri, akan tetapi pasangan anda ini masih lagi mencari kecantikan pada orang lain. Di mana, dia akan melihat wanita yang cantik lalu didepannya secara jelas. Bukan itu sahaja, dia juga akan memikat wanita yang lebih cantik dari anda.

5. Tak merancang apa-apa pun dengan anda.

Kalau dia ikhlas sayang akan anda tentu sahaja dia sudah mempunyai niat untuk berkahwin dengan anda, tetapi kalau dia tak mempunyai sebarang rancangan ataupun hanya memikirkan satu perkara yang tak baik sahaja, lebih baik anda segera tinggalkan dia.

Kadang kala kelebihan yang kita miliki itu akan menjadi jerat malah melukakan hati sendiri. Jadi sentiasa berhati-hati.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,850 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen