6 Rahsia Menawan Hati Lelaki Pemalu.

 

Lelaki Pemalu. Lelaki jenis ini memang agak misteri. Ramai wanita yang binggung apabila berhadapan lelaki pemalu. Lelaki pemalu adalah lelaki yang kurang bercakap. Lelaki yang banyak bercakap biasanya dapat mengawal perasaan malu apabila berdepan dengan seorang gadis atau wanita buat pertama kali. Agak sukar untuk berjumpa dengan lelaki pemalu pada zaman sekarang. Namun, jika anda mempunyai rakan atau kekasih pilihan dan anda tidak tahu bagaimana caranya untuk berdepan dengan lelaki pemalu sepertinya, kami sedia membantu anda.

Jom, kenali ciri-ciri lelaki pemalu.



1. Sedaya upaya menghindari ‘eye contact’ ketika berbicara.

Melakukan ‘eye contact’ ketika berbicara merupakan satu trik untuk memikat hati pasangan anda. Tapi bagi lelaki pemalu, mereka akan sedaya upaya menghindari ‘eye contact’ ketika berbicara dengan anda. Lelaki pemalu memang suka untuk memandang wanita yang mereka suka tetapi dengan cepat akan mengalihkan kembali pandangannya ke tempat lain.

2. Sibuk dengan diri sendiri dan tidak dapat duduk diam.

Lelaki pemalu akan sering kali menyentuh rambutnya, menggaru-garu wajah, bermain dengan jari atau menjadi gugup ketika anda berada dekat dengannya, itu menandakan dia adalah lelaki pemalu dan ingin kelihatan sempurna di depan anda. Lelaki pemalu sering merasa gelisah dengan pergerakan mereka.

3. Gugup atau tergagap ketika berbicara. 

Anda perlu bersabar dengan lelaki pemalu kerana mereka biasanya akan berasa gugup apabila berdepan dengan anda. Kadang kala soalan yang ringkas pun akan membuatkan dia tergagap untuk membalasnya.



4. Lebih selesa berkomunikasi menggunakan media sosial.

Disebabkan lelaki pemalu sering merasa gelisah dengan pergerakan mereka dan gugup ketika berbicara, mereka lebih selesa untuk berkomunikasi menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter ataupun chat online. Jika anda mendapati lelaki pemalu ini sering menegur anda di media sosial, ada kemungkinan mereka menaruh hati terhadap anda.

5. Sangat sensitif dengan sentuhan.

Sentuhan biasa seperti memegang bahu atau tersentuh lengan dari seseorang yang mereka sukai akan menimbulkan kesan terkejut yang cukup besar seperti tubuhnya tersentak atau cepat-cepat mejauhkan diri dari anda. Ini adalah disebabkan oleh kesan elektrik yang mengalir dalam tubuh lelaki pemalu saat tangannya tersentuh dengan tangan anda. Jadi, bagaimana caranya untuk berdepan dengan lelaki pemalu?

6 Tips Pikat Lelaki Pemalu

1. Bersikap comel dan manis.

Apa kata, jika anda cuba latih diri anda untuk bersikap secomel mungkin. Anda juga perlulah bersikap pura-pura malu walaupun pada hakikatnya anda bukanlah seorang yang pemalu. Berikan hadiah comel seperti coklat atau buku kepada lelaki pemalu dan berikan senyuman manis kepadanya. Percayalah, taktik ini sangat berkesan untuk memikat si lelaki pemalu.



2. Jangan bersikap gelojoh.

Ingat bahawa lelaki pemalu tidak sukakan gadis yang terlalu mendesak dan agresif. Perlahan-lahan mengambil hati mereka. Jangan jadikan langkah pertama anda gagal di situ shaja. Bijaklah mengawal setiap butir bicara anda.

3. Berilah pujian kepada lelaki pemalu.

Semua lelaki sukakan pujian. Seperti mana wanita, begitu juga lelaki yang mengharapkan pujaan hati mereka sentiasa memberikan pujian. Mulakan dengan pujian yang lebih mudah seperti memuji bajunya atau rambutnya. Pujian adalah kunci kepada hati lelaki.

4. Bersikap kelakar.

Apabila anda cuba untuk memikat si lelaki pemalu, pastikan anda mempunyai personaliti yang dapat menarik hati si dia. Anda boleh menjadi seorang yang kelakar dan usiklah si dia asalkan tidak sampai memalukannya. Ini mungkin boleh melegakan ketegangan di dalam dirinya.



5. Gunakan cara non-verbal.

Anda boleh meluahkan perasaan anda menggunakan sms, video call, email, ataupun melalui Facebook serta video YouTube. Cara ni dipanggil non-verbal iaitu luahan hati yang dibuat tanpa berdepan. Apabila anda berjaya berbuat begitu, pasti si lelaki pemalu kagum dengan keberanian anda.

6.Memulakan perbicaraan mengenai topik umum.

Cari keserasian dengan mengajak lelaki pemalu berbicara mengenai topik umum. Topik umum biasanya tidak akan menjadikan anda berdua kekok untuk bebicara. Bertanya juga tentang hobi mereka, pasti mereka akan galak berbicara.

Kesimpulan.

Memikat lelaki pemalu bukanlah seperti memikat lelaki biasa. Anda memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan jangan cepat berputus asa. Perasaan malu hanyalah untuk sementara, apabila anda berdua sudah mengenali antara satu sama lain perkara akan menjadi jauh lebih mudah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 293,103 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen