Tempoh Cuti Bersalin Naik 90 Hari? Lepas Ini Wanita Berkerjaya Tak Perlu Bimbang Nak Jadi Ibu.

 

Sebagai wanita berkerjaya tentu sangat memahami sikap ibu-ibu yang tidak mahu berpisah dengan anak mereka. Ibu mana yang tak bimbang nak tinggalkan anak mereka berjam-jam dengan orang lain, nak-nak lagi jika anak mereka ini masih kecil dan perlukan susu ibu yang mencukupi.

Bukan itu sahaja, yang baru nak jadi ibu pun sebenarnya agak membimbangkan akan perkara ini. Itu belum lagi yang jika anak-anak yang perlukan pemerhatian yang lebih sekiranya melahirkan bayi par-matang, tentu sahaja masa yang lebih untuk menjaga mereka ini amat diperlukan sekali.


Baru-baru ini, belanjawan negera telah mengumumkan satu berita baik buat ibu-ibu dan bakal menjadi ibu. Ini kerana, kerajaan telah mengumumkan dalam pembentangan Bajet 2020 bahawa tempoh cuti bersalin telah dinaikkan daripada 60 hari ke 90 hari mulai tahun 2021.



Pasti ibu-ibu gembira bukan?

Akta Kerja 1955

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, cadangan untuk memanjangkan cuti materniti adalah seiring dengan strategi negara kita untuk memodenkan pasaran buruh. Tambah beliau lagi, kerajaan akan meneliti semula Akta Kerja 1955 yang meliputi 4 perkara termasuk cuti bersalin bagi memastikan ia kekal relevan dengan keperluan pasaran tenaga kerja semasa.

Selain itu, ada 3 lagi perkara yang akan dipertimbangkan, iaitu:

• Kelayakan bayaran kerja lebih masa dinaikkan bagi golongan yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 kepada RM4,000 sebulan

• Pengendalian aduan gangguan seksual akan ditambah baik dari segi prosedur dan perlindungan

• Peruntukan berkaitan larangan diskriminasi dalam pekerjaan contohnya agama, kaum atau jantina juga akan dimantapkan

Cadangan ini sudah pasti akan membawa khabar gembira buat penjawat awam dan swasta di luar sana terutamanya para ibu, bukan?



Pro

• Ia akan memberi tempoh masa yang lebih panjang dan padan untuk si ibu sembuh sepenuhnya

• Ia akan memberi peluang untuk si ibu menyusukan anak dengan susu badan berbanding susu formula

• Memberi peluang untuk si ibu menjaga anak di bawah pemantauan sendiri berbanding menyerahkan kepercayaan kepada pengasuh

• Dapat kurangkan keresahan dan kebimbangan ibu-ibu

• Lebih yakin dan bersemangat

Kontra

• Ia akan memberi masalah kepada majikan untuk mencari pengganti buat sementara waktu sementara si ibu bercuti

• Ia akan membuat si ibu kehilangan atau ketumpulan skil

• Ia akan membuat kerja si ibu tergendala

• Rasa malas untuk berkerja

• Makin takut nak berpisah dengan anak-anak

Walaupun ini boleh dikatakan sebagai satu berita gembira buat ibu-ibu, namun ada juga yang merasakan bahawa perkara ini tidak wajar untuk dilakukan. Apa-apa pun, setiap orang sudah tentu mempunyai pendapat peribadi, anda pula bagaimana?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,864 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen