Tak Yakin Nak Kahwin Saat 20an, Ini 4 Tanda Anda Dah Bersedia Nak Kahwin. Jom Kahwin!

 

Orang sekarang ini bila nak kahwin awal tentu akan ada sahaja mulut-mulut yang mengatanya. Mana tidaknya, ada yang menyatakan bahawa tak cukup matang lagilah, belum tahu erti tanggungjawablah dan macam-macam lagi. Akan tetapi, kalau orang dulu-dulu kahwin awal boleh je berkekalan sehingga sekarang.

Malah, orang dulu-dulu kalau kahwin pada usia yang muda bukannya ketika umur 20 lebih tetapi ada yang belas-belasan tahun. Namun itu semua bukan penghalang untuk mendapat kebahagiaan.


Tapi orang sekarang ramai yang takut nak kahwin awal. Menurut Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara menerusi Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5), purata umur ingin berkahwin bagi masyarakat di negara kita sudah semakin lewat. Bagi lelaki, purata umur lelaki ingin berkahwin adalah 32 tahun manakala wanita pula adalah 30 tahun!



Statistik ini sahaja sudah cukup untuk memberikan bayangan bahawa individu masa kini sudah tidak mahu kahwin awal. Ini ekoran daripada kos sara hidup yang kian meningkat sekarang. Bayangkan sahaja, jika seorang lelaki yang bergaji bawah RM3,000 masih dikategorikan sebagai miskin bandar. Jadi, bagaimana untuk menampung keluarga pula?

Ramai yang merasakan bahawa mereka ini tak cukup bersedia untuk berkahwin awal, itu yang membuatkan ramai yang sanggup tunda rasa keinginan untuk berkahwin pada usia yang muda. Tahu-tahu umur dah meningkat.

Nak tahu anda dah bersedia nak kahwin awal ke belum, ini tandanya.

1. Anda sudah bosan dengan hidup bujang

Kehidupan orang single memang sangat menarik, bukan? Kita boleh berkenalan dengan ramai orang tidak kira untuk tujuan profesional, romantik atau sekadar suka-suka. Pun begitu, ada waktu untuk anda berhenti bersosial seperti ini. Jika ia sudah berlaku kepada anda walaupun pada usia muda, ia mungkin tanda anda sudah bersedia berkahwin lebih awal.



2. Anda sudah boleh menyelesaikan konflik

Perkahwinan adalah ibarat pelayaran kapal dengan anda sebagai suami sebagai nakhoda. Si isteri pula, umpama kelasi yang membantu dalam memastikan pelancaran perjalanan kapal. Jika anda sudah boleh menyelesaikan konflik yang mungkin berlaku seawal usia 20-an lagi, ia mungkin tanda anda sudah bersedia untuk berkahwin.



3. Anda dan pasangan berkongsi pandangan yang sama

Setiap pasangan yang ingin berkahwin perlu berkongsi pandangan yang sama. Sebagai contoh, mereka perlu sebulat suara dalam menentukan lokasi rumah, jumlah anak dan lain-lain. Jika anda sudah berjumpa insan yang berkongsi pandangan yang sama seawal usia lagi, apa yang mahu ditunggu, bukan?

4. Anda dan pasangan sudah mempunyai tabungan yang cukup

Duit bukan segalanya tetapi semuanya memerlukan duit, termasuklah perkahwinan. Sebagaimana yang kita tahu, belanja kahwin memang mahal. Jadi, jika anda dan pasangan sudah cukup tabungan, tidak salah untuk mendirikan rumah tangga lebih awal. Cuma, jangan terlalu membazir, ya? Pentingkan juga simpanan untuk masa hadapan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,641 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen