Tak Susah Pun Jadi Lelaki Romantik, Praktikan 18 Ciri Ini Confirm Wanita Cair.

 

Setiap wanita mahu lelaki yang romantik, boleh menjaganya- seseorang yang boleh menjadi pelindungnya. Sebab itulah jika dilihat pada wayang dan kaca tv, ramai penerbit dan produser berlumba-lumba untuk membuat cerita tentang lelaki romantik. Tapi berapa ramai lelaki di luar sana yang betul-betul romantik yang menjadi idaman setiap wanita?



Jika anda sudah bosan kerana di labelkan sebagai lelaki yang kurang romantik, anda patut membaca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang romantik.

1. Peka dengan tarikh penting.

Kebiasaannya si lelaki amatlah memandang remeh akan tarikh-tarikh penting ini berbanding wanita. Sila 'set'kan tarikh-tarikh penting seperti hari jadi si dia dan ulangtahun perkahwinan anda agar anda tidak melupakan hari-hari penting ini.

2. Berikan kejutan untuk si dia.

Sekali-sekala berikanlah kejutan kepada pasangan anda. Mungkin anda boleh tunjukkan skill memasak anda di dapur atau majlis hari jadi kecil-kecilan. Cukup untuk membuatkan si dia berasa bahagia dan terharu dengan sikap romantik yang anda cuba tunjukkan kepadanya.



3. Selalu memberi pujian.

Wanita suka dipuji. Sekeras mana pun hati wanita pasti akan cair lebih-lebih lagi jika anda memujinya sambil memegang erat tangannya dan memandang tepat ke dalam anak matanya. Mesti si dia cair!

4. Pujuklah si dia ketika si dia merajuk.

Si dia merajuk sebab hanya mahukan perhatian daripada anda. Oleh itu, cubalah pujuk ketika si dia merajuk. Gunakan nada yang lemah-lembut. Katakan bahawa anda memohon maaf jika anda ada melakukan kesalahan.

5. Berpimpin tangan ketika berjalan.

Pimpinlah tangan si dia ketika berjalan berdua agar si dia merasa sentiasa selamat ketika berada di samping anda. Tak kiralah walaupun anda sekarang dah berkahwin dan sudah mempunyai anak 3 orang. Apa salahnya berpimpin tangan dengan si dia yang sudah pun menjadi isteri anda dan ibu kepada anak-anak anda.



6. Membawa si dia ke tempat-tempat yang romantik.

Apa salahnya sebulan sekali bawa si dia ke tempat-tempat yang romantik disamping dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua. Anda boleh membawa si dia ke candle light dinner ataupun bercuti di di pusat peranginan di dalam negara. Mungkin di Pulau Perhentian. Ianya akan menjadi momen yang akan dikenang sampai bila-bila antara anda berdua.

7. Pandang ke mata si dia setiap kali bercakap.

Pandanglah tepat ke mata si dia setiap kali anda berbicara dengannya. Wanita selalunya tidak mampu untuk menahan godaan dari lelaki yang dia sayang. Pandangan tepat anda pada mata si dia akan membuatkannya jatuh cinta kepada anda hari-hari.

8. Belikan hadiah untuk si dia setiap kali outstation.

Jangan lupa untuk membeli hadiah kepada si dia setiap kali anda keluar outstation. Tidak perlu membeli hadiah yang mahal-mahal. Ini menunjukkan anda sentiasa mengingatinya walaupun anda sibuk dengan urusan kerja di luar.

9. Panggillah si dia dengan nama yang manja dan lembut.

Panggillah si dia dengan nama panggilan yang romantik - sayang, baby ataupun honey berbanding memanggil si dia menggunakan nama. Ini dapat membezakan bahawa si dia adalah orang yang amat penting dalam hidup anda.

10. Tunjukkan bakat kesenian anda.

Sekiranya anda berbakat di dalam bidang penulisan seperti sajak, puisi atau sebagainya, tuliskan suatu yang ditujukan khas kepada si dia. Atau mungkin anda berbakat dalam bidang muzik. Anda boleh bermain gitar sambil menyanyikan lagu tema percintaan anda berdua kepada si dia. Oh ya, wanita menyukai lelaki yang mempunyai bakat dalam kesenian terutamanya muzik. Kata mereka, lelaki jenis ini lebih romantik.



11. Sentiasa berikan perhatian kepada si dia.

Jangan tidak hiraukan dia. Sentiasa beri sepenuh perhatian pada si dia terutama ketika anda bersama dengan rakan-rakan anda. Sebab kebiasannya, apabila anda melepak dengan rakan-rakan anda, si dia pasti akan terasa diri diabaikan.

12. Jadilah penyokong setia di belakang.

Sokonglah setiap idea dan cadangan si dia. Jika anda kurang bersetuju, mungkin anda boleh memberikan pendapat anda. Si dia pun mahu dengarkan pendapat anda. Bukannya kata-kata yang boleh melemahkan dan menjatuhkan semangat si dia.

13. Fahami dan peka dengan perasaan si dia.

Sentiasa memahami dan sensitif dengan kehendak si dia. Elakkan daripada membuat lawak bodoh terutamanya ketika si dia sedang datang bulan. Silap-silap anda pun akan dimakinya.

14. Jadilah pendengar yang baik dan setia.

Ketika si dia mengalami masalah dan tekanan, ketika inilah si dia amat-amat memerlukan seseorang disampingnya terutama anda. Jadilah pendengar yang setia. Berikan solusi dan sokongan kepada si dia.

15. Jadilah seorang yang bersikap matang dan tenang.

Kata wanita, lelaki yang sentiasa bersikap tenang dan matang dalam setiap perkara dan situasi adalah seorang lelaki yang romantik dalam perhubungan? Betulkah? emang tidak dinafikan. Jika anda bersikap sedimikian, si dia pasti berasa yakin dan selamat sewaktu berdamping dengan anda.

16. Menolong si dia membuat kerja-kerja rumah.

Bagi yang dah berkahwin pula, anda boleh membantu si dia di dapur, mengemas rumah ataupun menjaga anak. Kata orang tua-tua, ringan sama dijinjing, berat pula sama dipikul. Barulah rumahtangga aman damai.

17. Peluk dan ciumlah si dia selalu.

Ehem-ehem! Tips ini hanya sesuai dipraktikkan oleh mereka yang sudah berkahwin. Yang belum berkahwin jangan nak mengada-ngada ek. Stiap kali sebelum keluar rumah untuk pergi bekerja, peluklah si dia dan berikan si dia ciuman di bibir sebagai tanda kasih dan sayang anda. Jangan pula anda berikan pelukan dan ciuman yang bernafsu. Yang tu kena tunggu malam la pula.

18. Jadilah seorang yang menghiburkan.

Hiburkanlah hati si dia dengan lawak-lawak anda ataupun cerita-cerita yang tidak membosankan. Biarkan si dia sentiasa berasa gembira dan tidak bosan sewaktu keluar bersama mahupun berbual dengan anda. Tidak perlulah anda perlu ke funfair ataupun menonton wayang untuk berhibur.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,482 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen