Suami Akan Bahagia Kalau Dapat Semua Ini Dalam Perkahwinan, Bakal Isteri Kena Tahu Ini.

 

Selalunya, kalau bercakap pasal perkahwinan dan juga orang lelaki ini, apa yang akan bermain difikiran mereka? Adakah mereka ini hanya memikirkan bahawa perkahwinan itu penuh dengan tanggungjawab sahaja? Bagaimana pula rasa kebahagiaan di mata orang lelaki berkaitan dengan perkahwinan ini?

Kebahagiaan ini biasanya terasa damai dan mengembirakan seseorang. Sangat berbeza jika anda ingin merasai kebahagiaan sebagai seorang suami, bapa dan juga seorang lelaki bujang. Bagi lelaki bujang, mendapat apa yang dimahukan itu adalah kebahagiaan, akan tetapi bagi bapa dan juga suami pula berlainan.


Berikut adalah antara kebahagiaan selepas bergelar bapa dan juga seorang suami.

1. Dapat isteri yang bijak pikat perut suami.

Apa yang menarik dan selalu orang lelaki kata ialah mendapat isteri yang mahir memasak ini sememangnya sangat menguntungkan. Mana tidaknya, isteri mampu memenuhi apa sahaja keinginan suami walaupun seperti masakan di kedai atau restoran mewah. Aduh sangat beruntung kalau dapat seperti ini.



2. Boleh lakukan hobi dengan tenang.

Selain itu, dapat isteri yang memahami akan kesukaan dan hobi suaminya memang sangat menguntungkan. Mana tidaknya, dia dapat melakukan yang diinginkan itu tanpa gangguan malah turut menyokong dan join sekaki. Kalau dapat isteri macam ini confirm sayang sangat.

3. Tiada masalah kewangan.

Ini sangat menyenangkan dan membahagiakan sekali. Bukannya perlu kaya raya ataupun sebaliknya, tetapi seorang suami akan cukup bahagia jika melihat anak-anak dan isterinya mampu memiliki apa yang diinginkan. Dalam erti kata lain, suami mampu beri apa yang isteri mahukan malah sentiasa memberi nafkah yang cukup buat cinta hatinya itu.



4. Isteri bijak ambil hati keluarga.

Mendapat iserti yang tahu nak suaikan diri dan ambil hati keluarga suami ini memang satu perkara yang menyenangkan. Mana tidaknya, suami tak perlu jadi orang tengah malah sentiasa seronok untuk pulang ke kampung. Tak cukup itu, suami boleh masuk dengan keluarga isteri pun satu perkara yang membahagiakan.

5. Bukan kuat berleter.

Tak salah nak berleter, akan tetapi janganlah terlalu sangat. Mana tidaknya, asal nampak muka suami je mula ada leteran. Lama-lama suami pun sakit telinga. Kalau sekali sekala itu okaylah, menjadi perkara biasa.

Nampak macam senang nak bahagiakan suami, akan tetapi tak semua orang mempunyai kelebihan untuk melakukan semua ini sekali. Apa-apa pun, yang penting suami anda bahagia.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,914 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen