Sebelum Nikah, Jujur Dengan Pasangan Anda Mengenai Perkara Ini. Barulah Bila Mulakan Hidup Baru Lebih Aman & Tenteram.

 

Apabila anda telah berasa yakin bahawa anda bertemu dengan orang yang tepat, di mana anda dapat merasakan bahawa dia itu adalah pasangan jodoh anda. Tentu anda dan dirinya akan saling melakukan persiapan untuk ke arah satu hubungan yang serius.

Ada orang bila yakin, dia terus masuk minang pasangannya, malah ada juga yang tak mahu lama-lama untuk menghalalkan hubungan maka dia akan memilih untuk bernikah terus. Kalau nikah terus memang tak banyak pembaziran yang berlaku.


Namun begitu, apabila anda sudah serius dan yakin bahawa dia itu jodoh anda, ada beberapa perkara yang kalian perlu bincang bersama. Paling tidak anda kena jujur dengan pasangan akan perkara ini. Barulah tiada salah faham yang timbul.

1. Keadaan kewangan anda.

Ini yang paling utama kerana ini menjadi salah satu penyebab penceraian yang tinggi. Maka dengan itu, bincang dengan pasangan anda berapa banyak hutang anda ada, simpanan serta pelaburan yang ada. Barulah selepas kahwin nanti kalau dapat surat tuntut hutang pun pasangan tak terkejut sangat dah.



2. Alasan untuk berkahwin.

Sesetengah orang berkahwin kadang kala bukan hanya disebabkan cinta sahaja. Akan tetapi boleh jadi disebabkan pilihan ibu bapa, atau ahli keluarga malah ada juga yang menjadikan faktor umur antara salah satu sebab untuk berkahwin.

3. Jumlah anak yang diinginkan.

Mungkin ramai yang percaya bahawa anak ini rezeki Allah, akan tetapi tak salah jika anda melakukan perancangan awal. Sebagai contoh, pada waktu bila kalian ingin memiliki anak malah berapa ramai anak yang diamahukan. Setiap orang berbeza kemahuannya.



4. Kerjaya.

Jika anda seorang lelaki, tentu sahaja anda perlu teruskan kerjaya anda walaupun selepas kahwin. Namun bagi wanita, tentu sahaja ada suami yang mahu isterinya menjadi suri rumah yang menguruskan segalanya. Malah ada juga yang mengizinkan isterinya terus berkerja. Ini pun penting ya.

5. Fobia atau ketakutan.

Ssetengah orang agak takut terhadap beberapa perkara, maka dengan itu hadirnya pasangan mungkin boleh menjadi pelindung dirinya. Sebagai contoh takut akan perkahwinan yang tak bahagia, atau takut ketindasan dan pelbagai lagi. Malah, ada juga yang berbincang mengenai anxiety ataupun depression. Semuanya bergantung kepada anda.



6. Keadaan keluarga.

Ada juga yang memilih untuk tidak berkongsi sangat mengenai masalah keluarga mereka. Namun, jika kalian sudah ingin berkahwin, tentu sahaja masalah keluarga perlu dikongsi bersama pasangan anda.

Ini adalah 6 perkara penting yang perlu anda jujur terhadap pasangan anda sebelum kahwin. Namun, ada juga yang berpendapat untuk berkongsi mengenai masa silam mereka. Jika itu, semuanya bergantung kepada diri sendiri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,416 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen