Tak Semua Perempuan Single Ini Pengejar Cinta Lelaki, Ini Ada Beberapa Jenis Yang Cool & Relax Bab Jodoh Ini. Anda Yang Mana?

 

Setiap orang tentu sahaja mahu rasa dicintai anda mencintai bukan, akan tetapi tidak semua orang berjaya miliki seperti yang dimahukan itu pada waktu yang tepat. Ada yang terpaksa menunggu dahulu, malah ada juga yang serik dengan hubungan lalu membuatkan memilih untuk single berbanding dalam satu hubungan yang tak pasti.

Bila cakap masih single, ramai yang tak percaya kerana apa? Kerana anda seorang yang cantik, berkerjaya malah kelihatan begitu bahagia. Anda kelihatan cukup bahagia walaupun hidup bersedirian.


Apa punca anda masih single sampai ke hari ini?

Berdasarkan petikan artikel dari lyssasecret, terdapat satu penelitian telah pun dilakukan oleh Michelle Cove, seorang penulis dengan mewawancarai lebih daripada 100 perempuan. Beliau cuba untuk menentukan apa yang menjadi keinginan dan impian para perempuan tersebut. Setelah selesai wawancara tersebut, beliau pun menyimpulkan keinginan dan impian para perempuan tersebut dalam 12 kategori iaitu:

Berikut adalah jenis-jenis single, anda yang bagaimana?



1. Mencari teman hidup.

Perempuan jenis ini biasanya tidak mahu menunggu, maka dengan itu dia akan mencari pasangan hidupnya. Namun begitu, dia tidak sedar akan lelaki yang sedang menunggunya kerana terlalu sibuk mencari pasangan.

2. Bangkit semula.

Putus cinta sememangnya menyakitkan, maka dengan itu ramai yang memilih untuk mengambil masa dari rasa kesakitan dan move on. Jadi apabila tiba waktunya, anda kini telah bangkit dan bersedia untuk berjumpa pasangan yang baru.



3. Tak peduli.

Perempuan seperti ini biasanya lebih suka menikmati hidupnya sahaja. Apa orang kata, dan pandangan orang dia tak akan mempedulikannnya. Dia lebih suka hidup sebegini dari mengejar cinta lelaki, akan tetapi dia akan berjumpa dengan jodohnya secara kebetulan.

4. Menunggu.

Bagaikan seorang puteri raja menunggu saat untuk diselamatkan oleh putera raja, inilah yang dirasai oleh perempuan yang sedang menunggu pasangan mereka. Tidak mahu mengejar cinta yang tak pasti kerana yakin bahawa jodoh itu akan datang dan menghampiri dirinya apabila tiba waktunya.



5. Bebanan perkahwinan.

Anda telah bersedia untuk melepaskan apa yang anda miliki sekarang ini dan mendirikan rumahtangga. Di mana, anda sudah puas miliki kerjaya yang hebat, hidup yang selesa, malah puas dengan segalanya. Kini anda hanya bersedia untuk berkahwin dan memikul tanggungjawab yang ada.

6. Bebas.

Biasanya mereka ini adalah mereka yang sentiasa bimbang akan komitmen dan juga keinginan hidup mereka. Di mana, jika dia memilih untuk komitmen, maka dia akan kehilangan hidupnya. Maka dengan itu dia lebih memilih untuk menikmati segala keinginan hidupnya.

Tidak semua mereka yang single ini akan terasa kesunyian, ramai sahaja yang mengambil peluang akan saat single mereka ini untuk menikmati hidup mereka. Buat apa terus bersedih kerana hubungan tak berjaya, yakinlah bahawa seseorang yang tepat akan datang pada waktu yang tepat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,658 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen