Lelaki Anak Emak Tak Ada Masalah, Tetapi Kenalah Bijak Seimbangkan Antara Isteri & Emak. Jangan Sampai Hati Isteri Terluka, Itu Yang Wanita Mahukan.

 

Selalunya bila cakap pasal anak emak ini, tentu sahaja ramai yang akan tarik diri lebih awal. Mana tidaknya, ramai yang tak mampu nak tahan makan hati kalau bersama pasangan yang anak emak ini. Sebabnya bila dah makan hati nanti, hubungan jadi tak ke mana itu yang menyebabkan ramai yang tak mahu terlibat dengan mereka ini.

Bukan itu sahaja, ada juga yang merasakan berkahwin dengan anak emak ini akan membuatkan mereka makan hati serta tidak mampu luahkan isi hati mereka. Mana tidaknya, ramai yang berpendapat bahawa anak emak ini akan hanya bela ibunya sahaja nanti.


Namun begitu, wanita selalunya tidak kisah jika anda ini anak emak akan tetapi bijak dalam mengimbangi kedua-duanya, iaitu antara isteri dan ibu anda.

1. Tidak sakitkan hati isteri.

Jangan anda terlalu membela ibu anda sehingga mengabaikan isteri, sehingga melukakan hati isteri. Memang ibu itu adalah syurga anda akan tetapi isteri ini merupakan tanggungjawab suaminya. Maka dengan itu, anda perlu bijak untuk jaga hati ibu anda serta isteri anda. Kalau boleh jangan sakiti hati keduanya. Itu yang wanita mahukan.



2. Seimbang antara ibu dan isteri.

Jangan hanya menyokong ibu anda sahaja hingga anda mengabaikan isteri anda. Walaupun anda bersetuju dengan kata-kata ibu anda cuba guna cara yang bijak. Seperti dibelakang ibu anda, anda memujuk isteri anda. Di mana, di sini anda perlu selalu perhatian akan hati isteri anda agar jangan terluka. Tentu sahaja pasangan anda akan faham.

3. Berfikiran terbuka.

Jangan disebabkan anda takut untuk menjadi anak derhaka, maka anda lebih memilih untuk menjaga hati ibu anda sehingga melukakan hati isteri anda. Cuba untuk berfikiran terbuka, di mana keduanya ini adalah tanggungjawab anda. Maka dengan itu, anda perlu cari jalan agar mereka berdua ini sefahaman. Kalau dapat yang memahami itu mudah, yang sebaliknya tentu akan menyulitkan keadaan.



4. Layanan yang baik.

Isteri akan faham bahawa anda sayang akan ibu anda, tetapi dia akan lebih faham apabila anda turut memberi layanan yang baik kepadanya. Barulah kena dengan ayat yang menyatakan bahawa “lelaki yang anak emak ini, tentu bijak menjaga isterinya”. Jika tidak tentu sahaja ramai yang beranggapan bahawa anak emak ini tak mampu menjaga hati isterinya dengan baik.

Tak salah sebenarnya menjadi anak emak, akan tetapi jangan disebabkan anda akan ada hati yang terluka, terutamanya isteri anda. Anda perlu ingat bahawa, isteri juga adalah tanggungjawab anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,144 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen