Banyak Sangat Tonton Wayang Punca Muka Berkedut, Alamak... Jodoh Tak Jumpa Lagi Ni.

 

Wajah dan berkedut tapi jodoh masih belum nampak bayang lagi. Eh, tentu sahaja ia akan membimbangkan anda sebenarnya bukan. Mana tidaknya, kalau boleh naik pelamin nanti tentulah nak wajah yang cantik dan berseri.

Ada orang kata, wajah berkedut disebabkan banyak menonton wayang. Biasalah, masa bercinta tentu sahaja akan kerap pergi menonton wayang dengan pasangan masing-masing bukan, itu sahaja tempat yang sesuai dan seronok nak pergi dating.


Eh, tapi apa kaitan wajah yang berkedut dan juga menoton wayang?

Ekspresi muka

Ada kajian yang mengatakan saat kita menarik wajah ketika menonton filem berunsur thriller atau seram atau komedi, perbuatan itu boleh menyebabkan kedutan muncul pada wajah. Malahan apabila anda ketawa menonton filem komedi juga dikatakan menyumbang kepada penuaan pada kulit wajah anda. Menakutkan, bukan?

Dalam satu kajian melibatkan 2,000 individu mendapati, mereka yang menonton filem seram akan memalingkan wajah sebanyak 20 kali sepanjang tempoh tayangan. Manakala ekspresi wajah terkejut atau tegang dilakukan sebanyak 50 kali oleh penonton yang menyaksikan filem thriller.

Sementara itu, individu terlibat dalam kajian yang menyaksikan filem komedi, mempamerkan reaksi ketawa atau tersenyum sebanyak 115 kali. Orang kata ketawa itu bagus, namun dalam masa yang sama garis kedutan pada bahagian mulut akan meningkat lebih 40 peratus. Jadi sekarang ‘nak’ ketawa ke ‘tak’?



Berulang kali

Pakar kecantikan jenama Foreo, Dr Harry Singh yang mengetahui kajian ini berkata, “Ekspresi terkejut dan mengerutkan muka yang dilakukan juga boleh menyumbang kepada garis kedutan di wajah. Apatah lagi jika ia secara berulang kali untuk tempoh lima tahun akan meningkatkan garis kedut sebanyak 50 peratus.”

Jadi adakah anda masih mahu menonton wayang? Mungkin artikel ini akan membuatkan anda berfikir berulang kali sebelum menyaksikan sebarang filem. Tetapi adakah terdapat sebab lain yang turut boleh menyebabkan muka berkedut?

Namun begitu, bukan hanya menonton wayang je yang menjadi punca kepada wajah berkedut ini. Banyak lagi punca lain seperti pemakanan, kosmetik, dehidrasi, dan juga sinaran matahari. Sebab itu pentingnya menjaga kesihatan diri serta sentiasa peka akan persekitaran anda. Barulah sentiasa awet muda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,668 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen