Memilih Wanita Yang Lebih Tua Sebagai Pasangan Hidup, Apa Cabarannya?

 

Jodoh yang datang ini tak kenal usia, ada yang datang pada saat muda remaja, ada pula yang datang saat umur sudah meningkat. Akan tetapi, bila sudah dikatakan jodoh, maka ia datang pada waktu yang tepat. Itu yang sebetulnya.

Kalau selalu kita cuma dengar wanita yang mudah berkahwin dengan lelaki yang sedikit berumur, bagaimana pula dengan lelaki yang memilih wanita yang lebih tua darinya. Sudah tentu ada kelebihan dan kekurangan dalam hubungan yang dibina.


Kalau berkahwin dengan lelaki yang lebih berumur ini sudah tentu banyak kelebihan berbanding kekurangan, akan tetapi berlainan pula dengan mereka yang berkahwin dengan wanita yang lebih berumur ini. Nak tahu apa cabaran berkahwin dengan wanita yang sedikit berumur ini.



1. Stigma negatif akan muncul.

Perkara ini memang tak dapat nak elakkan sebenarnya. Tak kiralah kahwin waktu bila sekali pun mulut orang sekeliling memang tak dapat nak kawal dan dijaga. Walaupun apa pun kata-kata negatif yang diberikan kepada anda, jangan pula anda goyang hingga memudaratkan hubungan sendiri.

Mungkin akan ada sedikit kata-kata yang tak enak didengari yang menyebabkan anda terluka. Akan tetapi anda perlu kuat dan terus pekakkan telinga dengan apa yang berlaku. Itu adalah sebaiknya. Biarkan apa yang mereka nak kata mengenai hubungan anda, yang penting anda dan pasangan lebih mengetahui situasi sebenar.

2. Halangan untuk mempunyai anak.

Kalau umur semakin meningkat ini sudah tentulah sangat membimbangkan akan kesihatan tubuh badan. Bukannya tidak boleh untuk mempunyai anak, namun mungkin akan sedikit lambat berbanding pasangan muda yang lain malah mungkin membahayakan nyawa pasangan anda.

Namun begitu, kalau sudah dinamakan rezeki buat anda tentu sahaja tiada siapa yang boleh menghalangnya. Apa yang penting anda perlu selalu berusaha dan berdoa untuk itu.



3. Kes masa lalu.

Boleh jadi pasangan anda pernah berkahwin sebelum ini. Jadinya urusannya bersama keluarga dulu belum selesai lagi. Nak-nak jika dia ada anak bersama dengan pasangan dulu, tentu sahaja akan menjadi urusan bersama. Akan tetapi, anda perlu bijak untuk kawal cemburu anda malah yakin dan percaya akan pasangan anda.

4. Sukar nak ikut rentak antara satu sama lain.

Ini adalah yang paling penting sebenarnya, dimana kalau kalian sudah hidup bersama tentu sahaja anda perlu saling memahami antara satu sama lain. Malah setiap aktiviti kalau boleh hendak dilakukan bersama. Namun mungkin salah seorang dari anda tidak mampu memahami pasangan dengan baik.

Sebagai contoh jika berkahwin dengan wanita sedikit berumur dari anda ini dia lebih suka habiskan masa di rumah, bercucuk tanam atau pelbagai lagi. Berlainan pula dengan anda yang suka bermain game dan bersukan.

Akan tetapi kalau sudah dikatakan jodoh, tentu sahaja perkara ini bukan satu penghalang dalam hubungan anda. Yakin sahaja dengan pasangan dan harungi setiap cabaran bersama-sama.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 627,557 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen