Bila Move On, Lelaki & Wanita Ada Sikap Yang Berbeza. Seorang Buat-Buat Busy, Seorang Lagi Sibuk Kaji Silap Dalam Hubungan.

 

“Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujang di tengah hari.”

Dalam hubungan ini, banyak perkara yang tidak terduga. Sayang macam mana pun dekat pasangan tetapi sebabkan salah sekecil kuman pun boleh berlakunya perpisahan yang tak terduga. Itu belum lagi, hal-hal lain yang memang mencetuskan perpisahan.

“Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya.”

Itulah kata-kata yang kerap kali akan diluahkan apabila satu hubungan yang terjalin itu berakhir dengan perpisahan. Bukan semua orang inginkan perpisahan, namun jika dia itu bukan jodoh anda tentu sahaja anda tak akan bersama denganya.


Perpisahan dengan orang yang kita sayangi itu memang satu perkara yang sukar dan sulit sebenarnya, namun begitu bagaimana anda tangani hal tersebut adalah lebih penting sebenarnya. Mana tidaknya perpisahan ini adalah satu kelukaan, jadi bagaimana anda sembuhkan hati yang terluka itu.

Sudah tentu lelaki dan perempuan ada perbezaan dalam move on dan merawat luka dihati ini.



Berdasarkan satu kajian yang telah dilakukan oleh Universiti Binghamton, sebanyak 5,000 orang dari 96 negara yang berbeza mengenai kesakitan semasa perpisahan. Akibatnya, wanita mengambil masa yang lebih lama untuk menyelesaikan masalah ini daripada lelaki.

Wanita akan lebih mengalami kerugian berbading orang lelaki. Ini kerana, wanita lebih cenderung untuk memilih secara teliti terhadap pasangan mereka dan segera merancang satu hubungan untuk berkomitmen dalam jangka masa yang panjang. Apabila berlakunya perpisahan, dunia seakan runtuh buat mereka kerana hubungan tak menjadi seperti yang mereka harapkan.

Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna lelaki tidak berasa sedih dan terluka apabila mereka berpisah. Apabila dipecahkan, lelaki biasanya mempunyai sikap yang berbeza, termasuk cara mereka menyatakannya.



Lelaki dan wanita akan mengambil langkah yang berbeza untuk move on.

Kalau wanita, dia lebih untuk berkongsi dan mencari salahnya hubungan tersebut yang membuatkan dia mengambil masa yang agak lama untuk move on. Itu belum lagi ditambah dia melayan perasaan dan emosinya yang terluka. Jadi agak sukar untuk dia terus move on jika nak bandingkan orang lelaki. Orang perempuan akan ambil satu tahap ke satu tahap untuk pulih, bukannya terus segera pulih.

Di mana, orang lelaki ini mengambil langkah yang mudah dengan hanya sibukkan diri sendiri selepas berlakunya perpisahan. Mereka akan sibukan diri dengan rakan-rakan, kerja mahukan hobinya. Walaupun dari luar kelihatan tersenyum, tapi itu bukan bermakna dia melupakan kesedihan yang dialami.

Akan tetapi, segera move on adalah lebih baik kerana anda boleh segera mendapatkan cinta yang baru.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,519 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen