Bercinta Tak Semestinya Bersama, Ini Antara Tanda Bahawa Anda Masih Belum Layak Untuk Berkahwin.

 

Bercinta tak semestinya bersama...

Bercinta tak tentunya akan kekal selamanya...

Bercinta tak semestinya kalian akan disatukan dipelamin yang sama...

Bercinta itu bukan satu tanda bahawa pasangan anda itu adalah orang yang bakal menjadi suami atau isteri anda. Boleh jadi, ia hanya sekadar sementara malah sebagai satu pengajaran sahaja buat anda.


Sesiapa sahaja tentu sahaja mahu menjadikan pasangan yang dicintai itu sebagai teman hidupnya. Di mana, dia akan menghabiskan masa-masa bersama dengannya hingga akhir hayatnya. Akan tetapi sebelum nak melangkah ke arah yang lebih serius, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebenarnya.

Apa yang selalu kita anggap siapa yang mampu tundukkan ego mereka demi pasangan, itu adalah orang yang sesuai untuk berkahwin, akan tetapi setakat itu sahaja ke yang anda perlu pandang. Banyak lagi, nak-nak lagi akan beberapa perkara lain ini. Jadi fikir ini dahulu sebalum anda mengambil langkah untuk berkahwin dengan pilihan anda.

1. Rasa yakin atau tidak dia itu pasangan anda.

Sesetengah orang yang bercinta lama mana sekali pun akan tetapi kalau tak ada keyakinan dalam hubungan anda ataupun rasa macam tak yakin bahawa hubungan itu boleh pergi jauh, tentu sahaja akan membuatkan hubungan itu jadi tidak kukuh. Jadi bagaimana nak teruskan hingga ke jinjang pelamin apabila anda sendiri tak yakin akan hubungan yang dibina.



2. Sering bertengkar tanpa ada penyelesaian.

Setiap masalah yang berlaku tentu sahaja akan ada penyelesaian yang baik buat sesiapa pun. Namun begitu, jika anda tidak mampu selesaikan masalah yang berlaku dalam hubungan anda, tentu sahaja kalian belum cukup memahami antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, sering bertengkar itu tanpa ada siapa yang mahu mengalah itu jelas bahawa kalian perlu capai sefahaman yang baik barulah boleh fikir pasal kahwin.

3. Sentiasa tak boleh bertolak ansur.

Bertolak ansur dalam hubungan ini sangat penting dalam perkahwinan. Mana tidaknya, apabila kalian saling bertolak ansur maka tiada tekanan yang berlaku antara kalian. Semuanya akan menjadi lebih mudah untuk diselesaikan setiap perkara. Nak-nak lagi selepas kahwin, lagi banyak perkara yang perlu tolak ansur, barulah hubungan tidak terlalu bermasam muka.



4. Tak bersedia.

Kadang kala, orang yang bercinta itu tak semestinya bersedia untuk berkahwin. Boleh jadi mereka ini hanya mahu hilangkan sunyi sebab itu bercinta, akan tetapi bila suruh kahwin, tak sedia apa-apa lagi. Malah dia lebih memilih nak kejar keseronokan dulu sebelum berkahwin. Ini pun payah juga.

Sebelum ambil keputusan untuk berkahwin, cuba lihat tanda ini dahulu. Kadang kala orang bercinta tak semestinya perlu berkahwin.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,516 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen