Siapa Jangka Bahawa Curang Adalah Kelakuan Yang Ditiru Dari Ibu Bapa - Kajian

 

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, itulah yang sering kali dikatakan orang dahulu terhadap anak-anak yang mengikuti sikap ibu bapa mereka. Walaupun tak semua sikap yang anak-anak ambil dari ibu bapanya, akan tetapi tentu sahaja ada beberapa. Mana tidaknya, ibu bapakan contoh yang paling dekat dengan anak-anak.


Selalunya kita anggap isu curang ini adalah masalah individu dan ia adalah pilihan. Tentu sahaja ramai yang tidak pernah terfikir bahawa curang ini adalah satu ikutan dari ibu bapa kepada anak-anaknya. Siapa yang sangka bukan.

Terdapat satu kajian pada tahun 2017 yang telah diterbitkan dalam jurnal Personal Relationship mendapati, orang-orang yang ibu bapanya pernah berlaku curang mempunyai kecenderungan dua kali ganda untuk berlaku curang berbanding ibu bapa mereka yang tak pernah berlaku curang.



Menurut pengkaji, Dana Weiser, menyatakan bahawa penipuan ibu bapa memberi mesej yang mudah diingat oleh anak-anak mereka tentang kecurangan. Kecurangan itu seakan menjadi tanda bahawa tidak perlu ada kepercayaan dalam hubungan terhadap pasangan.

Walaupun begitu, sudah tentu ramai orang yang tidak menipu kerana mereka merasakan trauma setelah melihat penipuan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka, kerana ia terdapat kesan psikologi yang terbalik.

Jangan cepat sangat melenting, ini semua hanyalah kajian sahaja. Tak perlu nak serius sangat okay. Akan tetapi, berdasarkan pendapat sendiri, sudah tentulah curang itu satu pilihan bukannya keturunan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 595,237 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen