6 Baju Nikah Muslimah Cantik.

 

Baju Nikah Muslimah. Tampil menawan dan anggun pada hari bahagia adalah impian setiap pasangan mempelai. Jadi, jangan musnahkan hari bersejarah anda dengan busana pengantin yang jelek!



Jika anda mempunyai bajet yang lebih, anda boleh menempah khas busana pengantin. Tak pun menyewa busana pengantin di butik-butik ternama. Kebiasaannya, bagi adat akad nikah pasangan pengantin akan melakukannya di dalam kawasan masjid, dan adalah lebih afdal jika pengantin perempuan mengenakan baju nikah Muslimah serta sopan. Bagi memudahkan urusan anda, kami ingin memberikan beberapa idea berkenaan dengan baju nikah Muslimah.

Antaranya ialah:

1. Baju nikah muslimah potongan baju kurung biasa.

Memakai baju nikah Muslimah yang membawa unsur tradisional sangatlah klasik. Walaupun ada yang berpendapat bahawa baju kurung kurang menarik dan nampak terlalu kampung. Tetapi, percaya atau tidak jika ia kena dengan tema serta warna, baju nikah Muslimah anda akan tampak lebih eksklusif. Baju nikah Muslimah potongan baju kurung biasa yang tidak terlalu sarat tampak lebih mewah berbanding dengan perincian yang sarat pada bahagian hadapan. Memakai baju kurung berwarna putih bersih bersama kain pasang rona silver sangat sesuai untuk dijadikan baju nikah anda. Biar ringkas tetapi anggun.



2. Baju nikah muslimah potongan baju kurung moden.

 

Baju nikah Muslimah potongan baju kurung moden juga mampu menaikkan seri pengantin pada hari bahagia anda. Pemakaian baju kurung moden juga tampak lebih kemas dan sopan, dipadankan pula dengan selendang rona warna yang sama pastinya cantik dipandang mata.Anda dinasihatkan supaya tidak memakai baju nikah Muslimah potongan baju kurung moden yang terlalu ketat kerana ia akan menyusahkan anda untuk bergerak dan duduk ketika majlis berlangsung.

3. Baju nikah muslimah potongan jubah.

Selain daripada baju nikah Muslimah yang mempunyai kain pasang, terdapat juga baju nikah Muslimah potongan jubah yang tentunya lebih selesa dipakai. Baju nikah Muslimah jenis ini adalah sangat sesuai bagi anda yang mempunyai saiz badan yang sedikit besar. Ia dapat menutup bahagian tertentu supaya anda tampak langsing di dalam gambar. Bagi baju nikah Muslimah jenis ini, anda perlu bijak memilih warna kerana warna cerah akan menampakkan anda lebih lebar dari sediakala. Pilih perincian yang sesuai untuk diletakkan pada baju nikah Muslimah anda dan janganlah terlalu padat.



4. Baju nikah muslimah potongan kebaya labuh.

Gaya Muslimah dalam menggayakan baju nikah Muslimah tidak hanya tertumpu kepada jubah semata-mata. Fesyen terbaru baju nikah Muslimah iaitu potongan kebaya labuh juga mendapat permintaan yang tinggi di butik-butik pengantin. Kebaya labuh kebiasaannya mempunyai labuh hingga ke paras buku lali dan mempunyai bukaan pada bahagian tengah hadapan bagi memudahkan pengantin untuk bergerak. Anda boleh memilih kain yang diperbuat daripada kain songket untuk dijadikan kain bagi bahagian dalam dan untuk kebaya anda boleh memilih kain jenis organza.

5. Baju nikah muslimah potongan gaun.

Sedikit unsur moden dalam pemakaian baju nikah Muslimah mampu memberikan kelainan kepada anda. Baju nikah Muslimah potongan gaun masih lagi menerapkan ciri-ciri kemelayuan, akan tetapi ia menggabungkan juga unsur Inggeris dengan potongan kembang dari bahagian pinggang ke bawah.Jika anda memiliki potongan tubuh badan yang agak lurus, anda bolehlah mencuba potongan gaun ini kerana ia mampu memberikan ilusi potongan badan yang cantik kepada anda.

6. Baju nikah muslimah potongan dress labuh.

Baju nikah Muslimah ini turut mempunyai ciri-ciri yang sama dengan baju nikah muslimah potongan gaun cuma yang membezakannya ialah ia tidak kembang tetapi lurus.Pelbagai perincian yang boleh anda gabungkan di dalam pemakaian baju nikah muslimah potongan dress labuh seperti manik, lace dan juga batu permata. Tetapi berikan tumpuan kepada pemilihan warna kerana perincian akan tampak tenggelam dengan warna yang agak suram.



Tips Memilih Baju Nikah Muslimah Sesuai Dengan Syariat.

Menutup aurat.

Ini adalah yang paling utama. Wanita harus menutup aurat dengan pemakaian hijab atau tudung ketika menikah. Baju nikah Muslimah yang dipilih haruslah tidak menampakkan lekuk-lekuk tubuh .

Hijab atau tudung yang dipakai.

Hijab atau tudung yang dipakai semasa majlis pernikahan haruslah sesuai dengan tuntutan agama iaitu menutup dada. Pilih aksesori yang selesa untuk dipakai.

Hindari gaya sanggul yang terlalu besar.

Mungkin ada yang mengatakan ia tampak cantik, tetapi tahukah anda ia menyerupai bonggol unta dan tidak sesuai dipakai oleh seorang Muslimah.

Menggunakan fabrik penyerap peluh.

Ketika majlis perkahwinan sedang berjalan, pastinya pengantin akan berasa panas, jadi pilihlah baju nikah muslimah yang mampu menyerap peluh. Tetapi awas dengan jenis fabrik baju nikah Muslimah agar tidak terlalu jarang dan nipis hingga menampakkan warna kulit anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 375,116 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen