Isteri Sentiasa Bersabar Dengan Sikap Suami, Dia Tak Minta Lebih, Hanya Mahu 3 Perkara Ini Sahaja.

 

Isteri ini memang seorang yang begitu sabar. Ada isteri yang akan sabar saat susah ketika hidup berumahtangga, ada isteri yang sabar dengan kerenah keluarga mertua, bahkan ada juga isteri yang bersabar dengan sikap suaminya sendiri.

Isteri ini memang seorang yang penyabar, dia mampu melakukan tugasnya walaupun kadang kala dia terluka dengan sikap suaminya. Dia masih mampu taat dan setia walaupun rumahtangganya bergolak sana sini. Malah dia akan kekal di sisi suami walaupun pelbagai ujian yang mendatang.


Sebab itu suami-suami kena bersyukur jika diberikan isteri yang bersabar dengan segala sikap anda. Isteri-isteri ini tak minta banyak pun, dia hanya mahukan 3 perkara ini sahaja.

Apa yang isteri mahukan, jom ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini.

Kekuatan seorang isteri itu terletak pada sejauh mana dia mampu bersabar dengan sikap seorang suami...

Selagi dia masih kuat, maka selagi itulah dia masih boleh berhadapan dengan sikap dan tingkah laku suaminya...
Sebenarnya, isteri kita tu dah banyak tolong kita...

Dari pagi smpai ke malam, banyak perkara yang dia dah mudahkan untuk kita...kita cuma perlu keluar mencari rezeki, balik rumah, mandi, makan dan tidur...

Ini kitaran hidup seorang suami...



Tak kena fikir tentang apa yang perlu dimasak, tak kena fikir tentang kerja sekolah anak-anak, tak kena fikir tentang kerja-kerja rumah...sebab? semua isteri dah buat...isteri dah selesaikan satu persatu dari kita keluar pagi sehinggalah kita balik di petang hari...



Balasannya? 3 perkara sahaja :

1 - Perhatian
2 - Penghargaan
3 - Kesetiaan

Ini yang diharapkan seorang isteri setelah pelbagai pengorbanan yang dia lakukan dalam rumahtangga...sekiranya dia dapat ketiga-tiga perkara ini, maka dia dah tak perlukan apa-apa lagi dah dari suaminya...

Dia tak mengungkit, dia tak merungut, dia tak mengeluh...

Selagi kita sebagai suami mampu bagi 3 perkara tersebut kepada isteri, maka selagi itulah isteri akan terus kuat untuk menempuhi hari-hari yang mendatang bersama kita...

Tak susah pun kan untuk menunaikan 3 perkara tersebut?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 502,264 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen