Niat Nak Kahwin Itu Ada, Tapi Kos Yang Tinggi Punca Ramai Yang Masih Membujang.

 

"Perkahwinan adalah satu ibadah dalam Islam." (surah ar-Rum ayat 21.)

Demikian juga sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Nikah adalah sunnahku dan barang siapa yang tidak suka sunnahku, maka dia bukanlah dari umatku”. (riwayat Ibnu Majah)

Sesiapa tentu sahaja mahu mendirikan rumahtangga, berkahwin dan membina keluarga mereka yang tersendiri. Di mana, setiap orang yang bernafas ini tentu sahaja mahu hidup berpasang-pasangan sehingga akhir hayatnya.


Namun begitu, dengan keadaan ekonomi pada masa ini, malah jika dilihat bertapa banyaknya wang yang perlu dibelanjakan pada majlis perkahwinan tentu membuatkan ramai orang muda berfikir banyak kali untuk berkahwin pada usia yang muda.

Sebab itu, ramai yang berlumba-lumba membina kerjaya kemudian barulah ingin mencari pasangan hidup. Pada ketika itu, pilihan pasangan hidup akan semakin sedikit malah akan menyukarkan anda untuk memilih.



Mungkin ada yang merasakan tak kisah untuk berkahwin muda walaupun, pendapatan masih belum tetap serta ia sekadar cukup-cukup makan sahaja. Namun, bila difikirkan rezeki akan melimpah ruah apabila berkahwin, tentu membuatkan sesiapa sahaja ingin berkahwin.

Namun begitu, setelah membuat kira-kira seperti;

• Majlis perkahwinan.
• Kenduri majlis.
• Hantaran dan mas kahwin.
• Kehidupan selepas kahwin.

Membuatkan ramai orang memilih untuk kumpul duit dahulu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Bukannya tak ada ibu bapa yang membantu ataupun yang akan meringankan beban anak-anak mereka yang ingin menghalalkan hubungan, tentu sahaja ada. Akan tetapi, nak jumpa ibu bapa yang sebegini teramatlah jarang kerana masing-masing memikirkan akan orang sekeliling.



Tujuan asal perkahwinan ini adalah mencari kebahagiaan dan keberkatan, awa lilah perkahwinan itu dengan nilai-nilai Islam supaya ia menjadi berkat dan dirahmati Allah, buatlah kenduri yang dikehendaki oleh Islam iaitu sederhana dan tinggalkan adat-adat yang sesat dalam perkahwinan.

Jika anda merasakan sekarang ini rezeki anda tidak mencukupi, percayalah bahawa dengan perkahwinan ini rezeki akan sentiasa ada dan melimpah ruah.

Firman Allah yang bermaksud:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui. (An-Nur : 32)

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,075 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen