Adakah Rupa Paras Yang Kacak Penting Kepada Perempuan?

 

Untuk lelaki, biasalah. Mesti nak tengok rupa dulu. Tak boleh disangkal. Tapi bagi perempuan, adakah sama? Apa yang dilihat oleh kaum perempuan masa kini?



Dalam sebuah akhbar harian, terdapat sisipan hiburan pada setiap hujung minggu terbitan akhbar terbabit. Dalam sisipan hiburan tersebut ada segmen yang mengetengahkan jejaka-jejaka yang dilihat kacak. Segmen itu menceritakan latar belakang lelaki tersebut, kerjayanya dan maklumat peribadi. Turut disertakan gambar posing bajet seksi dan macho jejaka yang terpilih minggu itu.

Di sini saya senaraikan top 3 apa yang dilihat oleh kaum perempuan terlebih dahulu.

Tempat ketiga: Rupa paras.

Percaya atau tidak, rupa paras bukan di tempat pertama. Jangan tanya saya rupa macam mana yang mereka anggap kacak dan menarik kerana setiap orang ada taste masing-masing. Lebih baik kalau pembaca perempuan di sini yang berikan contoh rupa lelaki yang mereka anggap kacak. Lagi senang.



Tempat kedua: Pekerjaan.

Kalau kriteria pertama dah lepas tapi pekerjaan tak seberapa, memang tak jadi menarik pada mata mereka. Rasionalnya, zaman sekarang ni semua dah mahal. Tengok jelah harga rumah yang semakin meningkat, susah nak apply loan kereta dan macam-macam lagi kos yang tinggi sekarang. Jadi nak tak nak perempuan kena melihat kepada kerjaya lelaki dahulu sebelum melihat pada rupanya. Biasanya lelaki yang mempunyai kerjaya sebagai seorang profesional dan berkelayakan tinggi menjadi pilihan, bukan sahaja pilihan gadis, malah pilihan ibu bapanya untuk dibuat menantu.

Tempat pertama: Umur

Katakan kalau tengok rupa dahulu dan nampak matang tapi umur baru di awal 20-an, macam mana? Kebanyakan perempuan memang tak sanggup bersama lelaki yang lebih muda, lebih-lebih lagi kalau jarak umur tu sangat besar (kalau setahun masih boleh diterima). Terlalu tua pun tak boleh tapi ada sesetengah tak kisah sangat kalau dapat lelaki tua. Tapi takkan la lelaki umur lebih daripada 30 tahun nak masuk dalam segmen macam tu kan? Mustahil.

Perempuan tak pandang pada rupa paras sebagai kriteria utama untuk memilih pasangan mereka. Jadi janganlah pelik kalau nampak lelaki tak kacak bersama perempuan cantik. Pada mereka, rupa yang kacak itu hanyalah bonus dan bukan keperluan.

P/s: Ramai yang mengatakan agama perlu diletakkan di tempat pertama kriteria yang mereka pandang. Memang betul. Tapi fahamkan situasi di sini. Kita bercakap ketika kaum perempuan membaca segmen seumpamanya di dalam akhbar, majalah hiburan atau majalah untuk kaum wanita. Harap tak terkeliru =)

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,537 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen