Perlu Berani Katakan 'Tidak' Untuk Elak Menjadi Mangsa Lelaki Mata Duitan.

 

Bukan orang lelaki je kena bijak untuk mengelak dari orang yang tahu mempergunakan dirinya sahaja. Akan tetapi wanita juga perlu bijak untuk mengelakkan diri daripada orang seperti ini. Mana tidaknya, jika kalian berkahwin dengan dirinya tentu sahaja akan menjadi satu masalah dalam hidup anda.

Wanita sekarang perlu lebih bijak, di mana walaupun anda mempunyai pangkat yang tinggi ataupun jawatan yang hebat tetapi anda sering kali akan menjadi mangsa rayuan dan janji manis lelaki. Nak-nak lagi jika berkaitan dengan kewangan. Maka dengan itu, anda jangan sesekali mudah percaya terhadap seseorang malah lebih baik anda mementingkan masa depan anda sendiri.


Jadi untuk menggelakkan dari menjadi mangsa lelaki mata duitan, ini yang perlu anda lakukan.

Jangan Termakan Dengan Pujuk Rayu

Walaupun dipujuk rayu dengan kata-kata manis, jangan termakan janji manisnya. Anda dinasihatkan supaya jangan mudah tersentuh hati atau tewas dalam pujuk rayu lelaki mata duitan ini. Tegaskan pendirian anda dan keraskan hati.



Jangan Bermurah Hati

Berikan beberapa syarat kepada kekasih anda ketika keluar dan jangan sesekali memberi muka kepada dia dengan mengeluarkan wang sendiri. Jika dia yang mengajak anda keluar biarkan lelaki mata duitan itu yang mengeluarkan duit untuk berbelanja.

Katakan TIDAK

Jika kekasih anda ingin meminjam wang dengan kerap kali, berikan alasan yang munasabah supaya diri tidak terjerat dengan lakonan palsu si dia dan berani TIDAK. Pastinya dia segan dan berasa malu untuk meminta-minta wang dari anda.



Pura-Pura Tiada Duit

Wanita harus bijak dalam berpura-pura. Cubalah berpura-pura tidak mempunyai wang atau berikan seberapa banyak alasan seperti akaun bank ada masalah atau belum terima gaji.

Putuskan Hubungan

Tindakan ini yang patut anda lakukan pada awal sekiranya anda tidak mahu duit anda habis ke lelaki mata duitan ini. Putuskan saja hubungan dengan dia. Mungkin ada yang lebih baik menanti anda di luar sana.

Kadang kala perasaan sayang itu yang mengaburi segalanya, tetapi anda perlu lekas tersedar akan perkara ini. Kerana, jika anda membiarkan ia semakin melarat, anda sendiri yang akan menangis bersedirian dikemudian hari.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,121 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen