Aku Perlu Sayangi Diri Aku Dulu Sebelum Jatuh Cinta Lagi.

 

Sesiapapun yang pernah merasai sakitnya putus cinta, pasti tahu bagaimana takutnya untuk bercinta semula. Tidak kira dengan orang yang sama atau orang yang baru. Perasaan itu tetap ada walau sedikit. Apa yang dirisaukan adalah perkara yang sama akan berulang yang mana memberi impak yang besar buat diri sendiri.


Oleh itu, kebanyakan mereka yang putus cinta memilih untuk menjadi ‘single’ untuk jangka masa yang agak lama sebelum melangkah ke hubungan yang baru. Sebenarnya, apa yang anda patut lakukan adalah belajar mencintai diri sendiri dahulu sebelum membuat keputusan untuk bercinta lagi. Berilah ruang untuk diri sendiri bahagia. Bergaul dengan rakan-rakan yang sentiasa mencariakan, rakan rakan pastinya adalah orang yang tak mungkin membuatkan anda sedih.



Sentiasa wujudkan ‘me time’. Me time adalah waktu untuk diri sendiri tanpa gangguan orang lain. Maksudnya di sini, carilah masa untuk me time dengan melancong ke tempat idaman anda. Biasanya selepas putus cinta, ramai sahaja yang cuba mendekati. Usah lihat siapa yang cuba menghantar mesej di laman social, pedulikan semua itu. Hargai masa untuk diri sendiri supaya sentiasa nikmati ketenangan.



Selain itu, lupakan apa yang pernah buat anda terluka dan menangis. Meski bersendiri, tidak bermaksud anda harus mengingat kembali setiap yang terjadi semasa bercinta dahulu. Kenangan tetap menjadi kenangan, biarlah ia tersemat sebagai memori masa silam. Anda harus cari kebahagiaan baru. Nikmati saat indah tanpa tangisan, tanpa fikiran yang bercelaru, tanpa paksaan.



Cintailah dirimu sendiri sebelum belajar mencintai orang lain. Sesungguhnya ia akan membuatmu lebih menghargai apa yang ada. Apabila sudah bersedia, mulakan pencarian dan bukalah hatimu untuk sesiapa yang ikhlas mencintaimu. Kamu adalah kebahagiaan sebenar untuk diri kamu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,788 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen