Mengapa Aku Selalu Jadi Kekasih Sementara?

 

Sebagai seorang yang normal, kita sememangnya mempunyai kasih sayang dan cinta. Baik lelaki mahupun wanita. Perasaan ingin mencintai dan dicintai itu ada dalam diri kita. Apabila tibanya waktu yang sesuai, pasti kita akan mula mencari di manakah si dia yang akan mengisi kekosongan di hati ini?


Namun, adakala apa yang kita rancang itu tidak semestinya terjadi. Kadang-kadang ianya hanya sementara sahaja. Bila sudah jumpa seseorang yang dirasakan sesuai dan akan kekal lama, ada saja halangan yang menimpa sehingga hubungan itu tidak pergi sejauh yang dijangka.



Cinta putus di tengah jalan itu bukanlah sesuatu yang janggal. Ianya perkara biasa yang sering dialami oleh rata-rata di antara kita. Cuma, tahap dan cara penerimaan kita saja yang membuatkan ianya berbeza. Usahlah ditangisi apabila hanya menjadi kekasih buat sementara wantu sahaja. Mungkin takdir telah menemukan dia dengan apa yang dipinta dalam doanya dan pastinya bukan kita orangnya. Jadi, tinggallah kita sendiri, kembali bersendiri membawa hati ke sana kemari, mencari si dia yang sudi menemani.



Mengapa perlunya cinta yang lama jika tidak bahagia? Tempoh hubungan yang lama bukanlah penjamin sebuah kebahagiaan. Adakala mereka cuma sayangkan tempoh yang lama itu sahaja, tidak mahu berpisah meski hati tidak bahagia. Kita yang melihat saja akan mengagumi hubungan mereka yang lama, tapi hakikatnya hanya mereka saja yang tahu bagaimana rasanya.



Terimalah dengan hati yang terbuka jika cinta sudah tidak lagi untuk kita. Tiba masanya untuk kita cari kebahagiaan baru, mulakan hubungan baru, dengan orang baru, yang diharap dapat mengekalkan hubungan itu selama mungkin dengan kebahagiaan sarat terisi di dalamnya. Hubungan yang baik akan dipermudahkan urusannya. Oleh itu, jika sekali berada dalam hubungan yang membahagiakan, jagalah ia sebaik mungkin dan usah biarkan hubungan itu hanyut ditelan badai yang melintang di pertengahan jalan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,256 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen