"Bila Kawan Kita Dah Kahwin, Kita Yang Bujang Ini Kena Faham 2 Perkara Ini." - Pesanan Ini Memang Padu Buat Rakan Kaki Lepak.

 

Mungkin jodoh anda belum tiba lagi, tapi jodoh rakan-rakan anda dah sampai pada waktu yang tepat. Sebagai rakan yang baik, anda seharusnya faham rakan anda, bukannya membuatkan hubungan mereka suami isteri menjadi renggang dan tak bahagia.


Sebagai rakan anda kena faham malah jangan buat macam rakan itu masih bujang. Dia dah anda tanggungjawab, anda belum jadi sokong dia untuk menjadi suami yang baik buat isterinya.



Bila kawan kita dah kawin dan kita masih bujang...

Maka tolong fahami 2 perkara ini...

1. Jangan selalu ajak dia keluar...

Biarkan dia luangkan masa dengan keluarganya...itu keutamaan untuk dirinya setelah bergelar seorang suami...masanya perlu dihabiskan bersama isteri dan anak-anak daripada bersama kawan-kawan...cukup-cukuplah dia dah bersama dengan kita bertahun-tahun lamanya ketika dia masih bujang...

2. Jika dia menolak undangan melepak, jemputan ke konvoi motor, ajakan ke karaoke atau sebagainya...

Maka jangan kata dia takut bini...jangan kata dia dayus...jangan kata dia kena gari...jangan kata kaki dia kena rantai...jangan kata dia kena guna-guna dengan isterinya...jangan menyindirnya atau memerli keputusannya itu kerana dia menolak bersebab dan salah satunya adalah dia ada perkara lain yang lebih penting, yang perlu dibuatnya bersama keluarga pada waktu itu, hari itu atau minggu itu...

Keutamaan seorang lelaki selepas mendirikan rumahtangga ialah keluarga...keluargalah yang perlu dia dahulukan melebihi perkara-perkara lain...apa yang dia selalu buat ketika dia bujang dahulu, ketika dia bersama kita dahulu, mungkin ada yang dia perlu tinggalkan...untuk kebaikan dirinya dan keluarganya...

Tolong fahami keterbatasan seorang kawan yang dah bergelar suami...dia tak lagi suka-suka boleh keluar, suka-suka boleh balik lmbat, suka-suka boleh buat pelbagai aktiviti dengan bebasnya...dia ada hati yang perlu dijaga dan kegagalan untuk menjaga apa yang sepatut dijaganya, akan memusnahkan ikatan yang dia bina...

Hubungan silaturahim sebagai seorang kawan takkan terputus bilamana dia memilih untuk mendirikan rumahtangga, cuma kena faham bahawa statusnya kini dah berubah...

Dia bukan lagi bujang, dia suami orang...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,068 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen