Restu Tetapi Macam Tak Senang Akan Kehadiran Anda. Ini Cara Berdepan Dengan Mertua Yang Tak Suka Anda.

 

Walaupun dapat restu untuk berkahwin dengan anaknya, sesetengah ibu bapa kadang kala macam tak berapa suka pula akan menantunya. Di mana, kalau anak dah suka tentu ibu bapa tak halang tapi itulah nak terima kehadiran menantu itu macam kurang sikit pula.

Ada yang pula, bila dah jadi menantu tak dapat terima kehadiran menantu dengan nampak segala salah menantu, sedangkan menantu tak buat apa-apa.


Jadi sebagai menantu, apa yang perlu anda lakukan apabila berada dalam keadaan seperti ini? Burukkan lagi keadaan atau anda membiarkan sahaja ibu mertua anda melakukan apa sahaja terhadap anda? Tentu sahaja tidak bukan.



Ada beberapa cara sebenarnya untuk eratkan hubungan antara anda dan juga mertua anda.

1. Sentiasa bersikap baik.

Jangan balas apa yang ibu mertua buat, malah jangan melawan. Terima sahaja sikap mertua dengan hati yang terbuka dan menganggap bahawa itu adalah ujian buat anda. Jangan sesekali anda melawan dan membuat ibu mertua anda tidak menyukai anda. Adalah lebih baik kalau anda ikhlaskan setiap perkara yang dia lakukan terhadap anda. Cepat atau lambat tentu hatinya akan terbuka untuk anda.

2. Minta bantuan suami.

Nak minta bantuan suami tak salah, akan tetapi jangan burukkan mertua anda. Cuba untuk minta bantuan suami agar faham situasi dirinya dan jangan terlalu memaksa untuk dia selesa dengan keluarga mertua. Bukan itu sahaja, minta bantuan suami yang anda sedang cuba buat yang terbaik dan jangan mudah percaya dengan ibunya sendiri. Ini sebenarnya membantu dalam hubungan anda.



3. Terima hakikat.

Kadang mungkin rasa macam tak boleh terima mengapa anda diuji sebegitu rupa, akan tetapi cuba untuk sabar dan terima semua ini dengan ikhlas. Boleh jadi ini adalah ujian buat rumahtangga anda. Bahkan percaya bahawa semua perkara ini akna berakhir dengan baik.

4. Jangan pernah berhenti untuk mendekatinya.

Jangan pernah putus asa, akan tetapi terus cuba untuk buat dia terima anda. Mungkin awal-awal ini agak sulit, tapi lama-lama ia tentu akan terima kehadiran anda. Malah boleh jadi anda akan menjadi yang paling rapat dengan dirinya. Jangan bimbang, semuanya perlukan masa sahaja.

Ujian yang datang dalam rumahtangga ini boleh jadi pelbagai perkara, jika anda diuji dengan keluarga mertua ini jangan terlalu cepat melatah atau merasakan bahawa anda menyesal berkahwin dengan pasangan anda. Tetapi percaya bahawa ia adalah satu ini adalah ujian terbaik dan yang sesuai buat diri anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,072 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen