Perempuan Memang Cepat Cair Dengar Ayat Ini Dari Lelaki. Tapi Jangan Terkejut Kalau Dapat Ayat Ini, Cuma Nak Cairkan Anda Sahaja.

 

Orang perempuan ini memang mudah cair dengan kata-kata lelaki, bukan hanya cair tetapi percaya apa yang orang lelaki katakan. Nak-nak lagi kalau ayat-ayat manis yang memang macam minta potong kaki memang buat orang perempuan ini mudah percayalah ceritanya.


Bagi orang perempuan, lelaki hanya akan beri ayat-ayat yang manis itu pada pasangan dan orang yang dia sukai sahaja, tak semua orang dapat ayat macam itu. Kalau dapat pun tentu lelaki itu nak pikat dirinya.

Tetapi orang perempuan tak sedar bahawa ayat-ayat ini memang selalu sangat ditabur oleh lelaki kepada mana-mana perempuan pun. Apa ayat penipuan yang tak patut anda percaya.

1. “Saya tak pandang perempuan lain, awak seorang je dekat hati saya.”

Bila dengar ayat ini jangan nak berbunga sangat, bukan dekat anda dia cakap macam ini, dekat semua perempuan lain pun dia cakap macam ini. Mana tidaknya orang lelaki ini cakap je ada seorang perempuan dalam hatinya, tetapi yang dia minat itu lain, yang dia crush itu lain pula. Itu belum lagi yang dalam dating online. Berapa ramai pula.



2. “Awak perempuan terbaik yang pernah saya kenal.”

Lelaki dalam hidup dia semua dia rasa yang terbaik, bila tukar baru yang baru itu pun terbaik. Yang lama pun terbaik. Dalam hidup lelaki ini semua terbaik, tak ada pun yang terbaik. Jadi kalau dia kata anda yang terbaik, agak-agak anda wanita ke berapa yang telah dia katakan ayat seperti itu. Jadi jangan nak percaya sangat.

3. “Saya sayang awak seorang je.”

Mungkin ini boleh percaya tapi jangan terlalu yakin pula. Mana tidaknya dengan anda dia sayang, dengan perempuan lain dia minat malah ada juga dengan wanita lain yang dia tak boleh lupa. Lelaki ini pandai guna ayat-ayat manis sebab nak cairkan hati anda. Bila dah cair dan anda dah percaya senanglah dia nak buat kerja.



4. “Saya bahagia dengan awak seorang je.”

Anda rasa dia bahagia dengan anda? Jangan percaya kalau dia katakan ini. Kalau dia bahagia dengan anda, tak ada dah masa dia nak habiskan dengan kawan-kawan, dengan keluarga atau bermain game. Jadi anda ini belum tentu buat dia bahagia lagi sebenarnya.

5. “Saya tak boleh tidur keana rindu dan ingat dekat awak je.”

Orang lelaki adalah orang yang paling suka tidur, jadi jangan percaya kalau waktu malam dia kata dia tak boleh tidur sebab ingatkan anda. Tapi sebenarnya dia dan puas tidur dah siang tadi, malah dia cari anda pun sebab nak teman dia yang tak tahu nak buat apa.

Jangan cepat percaya sangat ayat orang lelaki ini. Dia Cuma kata sebab nak sejukkan hati anda sahaja. Dia tahu orang perempuan ini mudah cair dengan ayat-ayat macam ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,072 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen