Rumahtangga Kosong Tanpa Solat, Punca Hilang Keharmonian Di Dalamnya.

 

“Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman yang tertentu waktunya”. ( al-Nisa’ 4 : 103 )

Sebagai seorang manusia yang beragama Islam, tentu sahaja solat itu adalah perkara yang sangat penting sebagai hamba Allah. Hidup tak akan lengkap apabila anda tidak menunaikan solat sebagaimana yang disuruh oleh Allah.

Pasangan suami isteri yang tidak menunaikan solat, malah solat dengan sambil lewa sahaja akan gagal mempertahankan keharmonian rumahtangganya. Banyak pasangan yang sudah berkahwin tetapi bab-bab solat ini memang tidak dijaga.


Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, kegagalan menjaga rukun Islam kedua itu menyebabkan wujudnya habluminassyaitan iaitu hubungan yang terbina antara manusia dengan syaitan.

“Kalau solat ini merupakan hablumminannas (hubungan sesama manusia), bila mana wujudnya habluminnallah (hubungan manusia dengan Allah), hablumminannas akan terwujud.

“Bila wujudnya hablumimallah, maknanya tak wujud lagi hablumminasyaitan kerana sifat syaitan akan pisahkan suami isteri, tetapi apabila ini berlaku, dia akan jadi kukuh dan ampuh,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya.



Menurut Zulkifli, antara tanggungjawab Nabi Muhammad SAW apabila berada di rumah adalah mengajak keluarganya menunaikan solat.

“Mintalah keluarga kamu untuk solat dan sabar dalam mengerjakannya. Itu tiang agama.

Tuan-tuan minta maaf cakap secara ekstrem sikit, kenapa rumah tangga keluarga bercerai-berai? Minta maaf kita minta berlindung daripada Allah SWT biarlah keluarga kita baik-baik semua.



“Salah satu puncanya tak pernah solat jemaah dan bersama-sama, sebab itu Allah bila cerita ayat cerai dalam al-Quran seperti surah Al-Baqarah,” katanya

Jelasnya, di celah-celah ayat cerai, Allah sengaja menyebut sepotong ayat yang menyuruh umat manusia menjaga solat yang lima waktu dan juga solat pertengahan penuh taat serta patuh.

“Kemudian bincang balik ayat cerai, ulama fikir apa puncanya. Fikir punya fikir, mereka kata apa, siapa yang jaga solat, rumah tangga dia kukuh,” ulasnya.

Jadi bila dah kahwin ini, nak rumahtangga bahagia maka jangan lupa untuk jaga solat. Malah akan lebih erat hubungan suami isteri itu apabila selalu amalkan solat berjemaah dengan ahli keluarga.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,072 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen